Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Program penyelidikan iklim, cuaca dilancar

Dec 08, 2022 | 05:30 AM



DALAM usaha untuk mempertingkat keupayaan unjuran iklim dan ramalan cuaca di Singapura dan di rantau ini, satu program penyelidikan baru dilancarkan semalam.



Program selama beberapa tahun itu akan meningkatkan penyelidikan cuaca dan iklim di Singapura dan rantau Indo-Pasifik serta Asia Tenggara.



Ia merupakan sebahagian daripada perjanjian hubungan strategi antara Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) Singapura dengan Biro Meteorologi Australia, lapor akhbar The Straits Times.



Penyelidikan akan dijalankan bagi ramalan cuaca jarak amat pendek - ramalan bagi dua jam seterusnya - menggunakan data radar cuaca lanjutan, ramalan bermusim, dan analisis data unjuran iklim serantau, kata kedua-dua agensi semalam.



Oleh itu, inisiatif penyelidikan ini juga akan menyumbang kepada ramalan hujan lebat yang lebih baik di Singapura, menerusi panduan lebih baik mengenai trend iklim bermusim yang muncul dalam rantau ini dan perkongsian serta pembangunan alat analisis data iklim baru, tambah mereka.



Contohnya, prestasi ramalan yang lebih baik boleh dijangkakan berkenaan El Niño-Southern Oscillation (Enso), fenomena Lautan Pasifik yang berlaku secara semula jadi yang mempunyai kesan besar ke atas cuaca dunia.



Enso terdiri daripada fasa panas El Nino dan fasa sejuk La Nina.



Fasa El Nino selalunya mencetuskan hujan lebat di beberapa bahagian Amerika Selatan dan cuaca kering, lebih panas di Asia Tenggara dan Australia. El Nino yang kuat biasanya membawa kepada lonjakan dalam suhu global.



Fasa La Nina membawa kepada penyejukan perairan kawasan khatulistiwa Amerika Selatan dan pengukuhan angin yang bertiup ke arah Asia Timur , menimbunkan air yang lebih panas di sekitar rantau ini dan mencetuskan cuaca yang lebih sejuk dan lebih lembap.



Hasil penyelidikan bersama itu akan membantu Perkhidmatan Meteorologi Singapura serta Biro Australia untuk menyediakan perkhidmatan amaran dan ramalan dipertingkat bagi tujuan membuat keputusan, serta membimbing rancangan penyesuaian perubahan iklim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >