Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Program Penyepadu Pekerjaan dan Kemahiran bantu industri, pekerja: AP

AP percaya inisiatif selaras latihan kemahiran dan pekerja
Feb 23, 2023 | 05:30 AM



KEPRIHATINAN berkaitan kemahiran dan pekerja disuarakan beberapa Anggota Parlimen (AP) pada hari pertama perbahasan Belanjawan 2023 pada Rabu.



Sementara ramai menyambut baik inisiatif yang diumumkan pemerintah, khususnya berkaitan program baru Penyepadu Pekerjaan dan Kemahiran, ada ingin tahu lebih lanjut mengenai pelaksanaannya.



Cik Jessica Tan (GRC East Coast) berkata walaupun ada peluang, dengan iklim ekonomi semasa, gangguan serta ketidaktentuan, perniagaan perlu menyesuaikan dan mengubah diri untuk kekal relevan.



Menurut beliau, kemahiran baru akan diperlukan dan pekerjaan akan berubah. Ini akan menjejas lulusan muda yang memasuki pasaran kerja serta pekerja sedia ada.



Justeru, program Penyepadu Pekerjaan dan Kemahiran yang membolehkan orang tengah bekerjasama dengan industri, latihan dan pihak pengambilan pekerja, akan bermanfaat bagi kededuanya, pekerja dan perniagaan.



"Menyelaraskan dengan lebih baik latihan kemahiran dan pekerjaan bermanfaat bukan bagi pekerja kita sahaja, malah lebih penting, memastikan kemahiran dan pekerja yang tepat untuk perniagaan," ujar Cik Tan.



Menurutnya, salah satu cabaran utama yang digariskan pemimpin peniaga yang ditemui ialah mencari kemahiran tepat bagi peranan tertentu dan ini menjejas operasi dan keupayaan merebut peluang dan berkembang.



"Maka itu, bagaimana akan dijalankan pemilihan atau pelantikan Penyepadu Pekerjaan dan Kemahiran? Siapa atau pertubuhan mana yang akan layak mengambil peranan sebagai penyepadu?" tanya Cik Tan.



Menyambut baik program baru itu, Encik Sharael Taha (GRC Pasir Ris-Punggol) berkata: "Saya berharap penyepadu ini akan menghimpunkan kesemua skim, kursus dan pihak berkepentingan bagi memudahkan dan melaksana, dan tidak hanya mencipta lebih banyak skim dan program untuk menambah kepada lanskap yang sudah pun membingungkan."



Cik Cheryl Chan (GRC East Coast) berkata skim itu akan saling melengkapi program sedia ada.



"Kita semua akur bahawa kemahiran atau pelbagai kemahiran setiap pekerja tidak boleh dibangunkan semalaman, memastikan pekerja relevan bagi tempoh panjang memerlukan lebih daripada dasar sahaja.



"Maka program SkillsFuture diperkenaluntuk tujuan ini dan untuk menekankan mesej tentang perlunya Pendidikan dan Latihan Berterusan (CET) selepas persekolahan formal berakhir.



"Justeru, program Penyepadu Pekerjaan dan Kemahiran diperkenalkan untuk memadankan lebih baik jurang kemahiran industri dan pembelajaran yang sedia ada.



"Saya menghargai konsep ini dan akur perlunya merapatkan jurang (antara kemahiran industri dan pembelajaran) tetapi saya ingin faham lebih lanjut bagaimana kurikulum CET dan Peta Transformasi Industri yang menjadi kemajuan signifikan meluaskan lagi industri."



Dalam pada itu, Encik Seah Kian Peng (GRC Marine Parade) turut menyentuh tentang usaha memperkukuh kompak sosial dengan pekerja dan warga, di samping menyediakan lebih banyak sokongan untuk syarikat kecil dan sederhana (SME) serta pekerja.



Menurut beliau, banyak SME menangani bermacam cabaran dan tekanan tambahan sedang mereka berdepan kos operasi lebih tinggi dari segi sewa, tenaga, tenaga kerja dan pembiayaan.



Khususnya, kata Encik Seah, peniaga berdepan dengan masalah kekurangan pekerja dan sukar menggajikan pekerja tempatan.



"Justeru Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) telah menggesa pemerintah agar memberi sokongan dipertingkat untuk mengimbangi kos lebih tinggi, merangsang pengambilan pekerja tempatan dan produktiviti untuk SME kita.



"Kami meminta pemerintah supaya merangsang tahap dan lingkungan sokongan kepada syarikat bagi menangani kos operasi yang tinggi dan cabaran tenaga kerja, meningkatkan produktiviti dan inisiatif pendigitalan," ujarnya.




"Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) telah menggesa pemerintah agar memberi sokongan dipertingkat untuk mengimbangi kos lebih tinggi, merangsang pengambilan pekerja tempatan dan produktiviti SME kita. Kami meminta pemerintah merangsang tahap dan lingkungan sokongan kepada syarikat bagi menangani kos operasi tinggi dan cabaran tenaga kerja, meningkatkan produktiviti dan inisiatif pendigitalan."



- Encik Seah Kian Peng (GRC Marine Parade)



"Program Penyepadu Pekerjaan dan Kemahiran diperkenal untuk memadankan lebih baik jurang kemahiran industri dan pembelajaran sedia ada. Saya menghargai konsep ini dan akur perlu merapatkan jurang (antara kemahiran industri dan pembelajaran) tetapi saya ingin faham lebih lanjut cara kurikulum Pendidikan dan Latihan Berterusan (CET) dan Peta Transformasi Industri, yang menjadi kemajuan ketara, meluaskan lagi industri."



- Cik Cheryl Chan (GRC East Coast)



"Menyelaraskan dengan lebih baik latihan kemahiran dan pekerjaan bermanfaat bukan bagi pekerja kita sahaja, malah lebih penting, memastikan kemahiran dan pekerja yang tepat untuk perniagaan. Maka itu, bagaimana akan dijalankan pemilihan atau pelantikan Penyepadu Pekerjaan dan Kemahiran? Siapa atau pertubuhan mana yang akan layak mengambil peranan sebagai penyepadu?"



- Cik Jessica Tan (GRC East Coast)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >