Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Program Possiswazah bantu tingkat keupayaan asatizah

Kohort pertama tamat pengajian; program bantu perkukuh pengetahuan graduan mengenai prinsip, dan tradisi kehidupan Islam, bersikap progresif dan berpandangan jauh
Jan 31, 2022 | 05:30 AM



PARA pelajar kohort pertama dan kedua program Sijil Possiswazah Islam Dalam Masyarakat Kontemporari (PCICS) yang diusahakan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dengan kerjasama beberapa pusat pengajian telah menamatkan program setahun itu, yang antara lain bertujuan memberi konteks pengamalan Islam di Singapura dan menambah keupayaan asatizah dalam bidang di luar sektor agama.



Seramai 56 asatizah telah menerima sijil tamat pengajian PCICS mereka dalam majlis yang diadakan dalam dua sesi di Muzium Tamadun Asia (ACM) semalam.



Kesemua pelajar kededua kohort tersebut meraih markah purata 89 peratus bagi semua modul, menurut Muis.



Seramai 13 asatizah telah meraih anugerah prestasi cemerlang dalam tiga kategori - anugerah pelajar terbaik, siswazah terbaik dan valediktorian.



Muis telah bekerjasama dengan Universiti Nasional Singapura (NUS) dan Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) serta rakan luar negara seperti Universiti Al-Azhar dan Universiti Jordon untuk mengatur dan menyampaikan modul program itu.



Menteri Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, menghadiri sesi pertama manakala sesi kedua disertai Menteri Kedua (Pendidikan dan Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman.



Berucap semasa majlis tersebut, Encik Masagos berkata asatizah merupakan sumber rujukan bagi cara mengamalkan Islam dalam masyarakat kontemporari dan tetap menyumbang kepada negara.



"PCICS diperkenalkan pada 2020 atas tujuan itu dan matlamat yang ditetapkan adalah untuk mengukuhkan pengetahuan graduan agama mengenai prinsip dan tradisi kehidupan Islam dan pada masa yang sama bersikap progresif dan berpandangan jauh dalam membantu masyarakat mengamalkan agama dalam konteks hari ini dan dalam menghadapi cabaran kontemporari," katanya.



Valediktorian bagi kohort pertama PCICS, Ustaz Muhammad Faheem Abdul Khalil, berkata meskipun mengimbangi tugas, keluarga dan pengajian agak mencabar, program tersebut menyemarakkan semangatnya untuk terus belajar dan mempertingkat diri.



"Program PCICS ini merupakan push factor yang mendorong asatizah untuk terus mempertingkat diri dan pengetahuan kami," katanya yang kini bertugas sebagai ketua Darul Tafsir di Masjid Al-Khair.



PCICS merupakan satu keperluan bagi lulusan institusi pengajian tinggi Islam luar negara yang memohon bagi Peringkat 1 Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS).



Lulusan yang memohon bagi ARS akan diberi pengiktirafan ARS sementara (sah untuk tiga tahun) selepas membuat permohonan, yang akan membolehkan mereka mengajar Islam semasa menjalani program PCICS.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >