Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Projek bina polder di Tekong untuk atasi perubahan iklim sudah 50% siap: Desmond Lee

Apr 17, 2022 | 04:43 PM



PROJEK membina polder di Pulau Tekong, yang merupakan sebahagian usaha untuk melindungi Singapura daripada paras air laut meningkat, kini sekitar 50 peratus sudah siap.



 



Polder merupakan tanah kawasan tanah rendah yang dilindungi daripada laut oleh tembok laut yang dikenali sebagai daik (dike).



 



Memberi perkembangan mengenai projek polder itu pada Ahad (17 April), Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, berkata beliau telah mengadakan kunjungan ke tapak kerja di Pulau Tekong minggu lalu.

 



“Pasukan itu telah bekerja keras sejak beberapa tahun lalu, dan seperti banyak projek lain, Covid-19 telah menimbulkan cabaran kepada projek polder juga.





“Tetapi pasukan projek telah bekerjasama rapat dengan kontraktor, dan terdapat kemajuan baik dalam kerja-kerjanya,” Encik Lee dalam satu catatan di Facebook.





Katanya, sempadan polder telah dibentuk, dan pembinaan tembok daik masih berjalan.





Dalam polder itu, kebanyakan tanah rendah telah diwujudkan, dan kerja peningkatan tanah sedang dijalankan pada masa yang sama untuk menguatkan tanah.







Selain itu, kerja prasarana sebagai persiapan membina kemudahan penting seperti stesen pam dan substesen elektrik juga sudah bermula, kata Encik Lee.





“Kami berharap untuk menyelesaikan projek ini sekitar hujung 2024,” ujarnya.

 



Kiriman Encik Lee itu turut diiringi video yang menunjukkan kunjungannya ke tapak kerja tersebut.

 



Singapura menghadapi risiko daripada paras air laut yang meningkat disebabkan perubahan iklim, dengan banyak kawasan di pulau ini berada di ketinggian empat meter di atas purata paras laut, atau kurang daripada itu, kata Encik Lee.





Pada 2019, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, berkata projek polder di Pulau Tekong membolehkan negara ini untuk menimba pengalaman dalam membina polder – satu pilihan untuk melindungi pantai terhadap kenaikan paras air laut.





Singapura telah bekerjasama dengan pihak Belanda untuk mereka bentuk dan membina polder, memanfaatkan pengalaman luas mereka dan menyesuaikannya kepada konteks tropika di Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >