Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bahas Belanjawan: EHWAL MASYARAKAT ISLAM

Projek Dian@M³ akan diluaskan kepada tiga lagi bandar: Maliki

Lagi 500 keluarga Melayu/Islam yang tinggal di flat sewa akan didekati
Mar 07, 2023 | 05:30 AM



PROJEK Dian@M³ akan diluaskan kepada tiga lagi bandar dengan lebih 500 lagi keluarga Melayu/Islam yang tinggal di flat sewa akan didekati, tambahan daripada sekitar 250 keluarga masa kini, kata Menteri di Pejabat Perdana Menteri dan Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, di Bahas Belanjawan, di Parlimen pada Isnin.



Dr Maliki berkata Projek Dian@M³ akan diluaskan ke Chua Chu Kang, Jurong dan Tampines.



"Memandangkan Projek Dian menunjukkan kejayaan pada peringkat awal, kami akan memperluas program ini ke tiga lagi Bandar M3 - iaitu di Chua Chu Kang, Jurong, dan Tampines.



"Menerusi perluasan Project Dian ini, lebih 500 lagi keluarga Melayu/Islam yang tinggal di flat sewa akan didekati, tambahan daripada sekitar 250 keluarga pada hari ini," katanya.



Projek Dian@M³ dilancarkan Projek Dian pada Disember 2021 untuk memperkukuh sokongan bagi keluarga Melayu/Islam di flat sewa HDB.



Tumpuan diberi kepada tiga golongan keluarga - warga emas yang tinggal sendirian; keluarga beribubapa pertengahan umur yang mempunyai anak dewasa, atau keluarga berbilang generasi; dan keluarga muda yang mempunyai anak-anak kecil, kata Dr Maliki.



"Golongan ketiga ini menjadi keprihatinan utama kami.



"Secara amnya, mereka mempunyai tiga atau lebih orang anak, dengan purata usia bagi yang sulung adalah 11 tahun, manakala yang bongsu pula adalah 4 tahun.



"Semasa lawatan ke rumah mereka, kami dapati sebilangan anak-anak mereka menunjukkan kerencatan dari sudut pembelajaran. Ada juga yang tidak hadiri prasekolah, atau kurang kerap hadir di sekolah," ujarnya.



Untuk menyediakan bantuan yang lebih khusus untuk golongan ini, Dr Maliki berkata pihaknya telah melancarkan program Duta Dian Oktober lalu bagi menyediakan sokongan di rumah kepada keluarga-keluarga Projek Dian yang mempunyai anak-anak berusia tiga hingga enam tahun, selama enam bulan.



Menjelaskan lebih lanjut khidmat yang diberikan relawan Duta Dian, Dr Maliki berkata:



"Semasa lawatan ke rumah yang dijalankan setiap dua minggu, Duta Dian akan membaca bersama kanak-kanak ini, dan melakukan aktiviti-aktiviti yang membolehkan kanak-kanak tersebut bermain sambil belajar, membantu dalam perkembangan kemahiran kognitif dan sosial mereka.



"Duta Dian akan turut melibatkan ibu bapa dalam aktiviti-aktiviti ini, agar mereka dapat diperkasa untuk meniti perjalanan pendidikan awal bersama anak-anak mereka," katanya lagi.



Sejauh ini Projek Dian@M³ telah dekati lebih 70 peratus daripada kalangan keluarga Melayu di fasa perintis dan telah mengenal pasti keluarga-keluarga muda yang dapat disalurkan kepada Duta-Duta Dian, tambah Dr Maliki.



Namun, perjalanan Duta Dian setakat ini bukanlah mudah.



Sesetengah mereka menempuh cabaran untuk menjalin kepercayaan keluarga-keluarga ini.



"Meskipun begitu, mereka cekal hati dan melakukan sedaya upaya demi anak-anak kecil dalam keluarga yang mereka dekati. Saya mengucapkan terima kasih kepada setiap sukarelawan kita atas semangat dan dedikasi mereka," ujarnya lagi.



Dr Maliki juga berkata pihaknya juga telah bekerjasama dengan Universiti Sains Sosial Singapura (SUSS) untuk merancang kurikulum dan bahan-bahan pendidikan bagi kanak-kanak, dan melaksanakan kaedah penilaian yang kukuh.



Untuk mengukur perkembangan setiap keluarga, SUSS membuat penilaian sistematik terhadap nota-nota catatan para Duta Dian semasa setiap lawatan, dan SUSS juga menemu ramah anggota keluarga untuk lebih memahami situasi mereka.



Di samping itu, KidSTART membantu melatih para Duta Dian dalam bidang pembangunan awal kanak-kanak agar mereka dapat berinteraksi dengan kanak-kanak secara lebih berkesan, dan memberi huraian yang sewajarnya, ujar Dr Maliki.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >