Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Projek Ihsan bantu golongan memerlukan untuk Hari Raya

Mar 18, 2019 | 05:30 AM



DEMI membawa keceriaan kepada keluarga yang memerlukan pada Hari Raya akan datang ini, orang ramai tampil menderma pakaian dan barang keperluan untuk perayaan itu bagi Projek Ihsan 2019 semalam.



Selain mengumpulkan pakaian dan perhiasan Hari Raya yang masih dalam keadaan baik, orang ramai juga boleh mendermakan botol minuman dan kuih Hari Raya untuk projek itu tahun ini.



Satu sesi pengumpulan barang-barang tersebut telah diadakan di Kelab Masyarakat (CC) Tampines West semalam. Ia turut dihadiri Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, yang juga Anggota Parlimen (AP) GRC Tampines.



Ini tahun ketiga projek oleh Jawatankuasa Pengurusan Tampines West CC itu diadakan.



Ia disokong M³@Tampines, Starbucks, Pusat Kegiatan Warga Emas Evergreen Circle dan Gerakan Berbudi Tampines, dan ditaja Persatuan Pedagang dan Kumpulan Dermawan Tampines West.



Pengerusi penganjur projek itu, Encik Ramlan Dollah, 57 tahun, berkata mereka menerima sambutan memberangsangkan daripada sukarelawan yang membantu dalam usaha itu.



"Harapan kami adalah agar penerima akan menerimanya dengan gembira dan lebih ramai akan tampil ke depan untuk membantu.



"Harapan kami sangat besar untuk membantu keluarga yang memerlukan pada setiap tahun Hari Raya," kata beliau.



Projek itu diharap dapat mengagihkan barang yang dikumpulkan itu kepada sekitar 1,000 keluarga yang memerlukan, termasuk penduduk kurang mampu di Tampines dan kawasan lain pada Mei nanti.



Lebih 150 relawan daripada badan akar umbi, Starbucks dan penunggang motosikal daripada Team MEnTEL terlibat dalam projek itu.



Encik Masagos berkata projek itu menerima sambutan yang baik saban tahun dan setiap kali, masyarakat akan datang beramai-ramai untuk membantu mereka yang memerlukan.



Beliau menambah bahawa selain membantu keluarga kurang bernasib baik dalam usaha itu, masyarakat turut dapat menyelamatkan sekitaran.



"Matlamat pertama adalah supaya kita memikirkan jangan hanya membeli, memakai dan membuang saja tetapi juga memikirkan bagaimana kita mengitar kembali apa yang kita ada supaya dapat dimanfaatkan orang lain.



"Ini juga satu seruan kita sebagai masyarakat Islam yang prihatin tentang persekitaran kita," kata beliau, yang juga Menteri Sekitaran dan Sumber Air.



Encik Masagos berkata usaha tersebut juga menandakan bahawa masyarakat Melayu/Islam adalah masyarakat prihatin yang bukan hanya memikirkan keadaan mereka tetapi juga seluruh masyarakat.



"Saya harap masyarakat kita juga akan terus memikirkan bagaimana kita dapat menanam sifat kasih sayang kita kepada sesiapa saja, bukan hanya kepada orang bangsa kita tetapi juga kepada semua yang memerlukan dan selalu berasakan ini adalah satu keuntungan yang kita boleh berkongsi," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >