Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Projek prasarana dirancang perkukuh kedudukan ekonomi S'pura

Aug 16, 2017 | 05:30 AM



PROJEK prasarana besar-besaran di Singapura yang akan siap dalam 10 tahun akan datang bakal meletakkan ekonomi negara ini dalam keadaan lebih kukuh, kata Menteri Pembangunan Negara merangkap Menteri Kedua Kewangan, Encik Lawrence Wong.



"Singapura mungkin sebuah titik merah kecil, amat kecil.



"Ada yang mungkin mempunyai tanggapan (Singapura) sudah dibina. Tetapi sebenarnya, kita belum siap membina Singapura. Kita belum sampai batasan fizikal kita," ujarnya.



Beliau berkata demikian semasa berucap di Forum Perniagaan Serantau Singapura di Ritz-Carlton semalam.



Encik Wong memberi contoh rancangan membina Terminal 5 Lapangan Terbang Changi yang akan meningkatkan kapasiti lapangan terbang itu sebanyak seganda berbanding sekarang.



Satu lagi projek prasarana yang dirancang ialah pelabuhan Tuas yang turut menaikkan kapasiti sebanyak seganda berbanding sekarang.



Ini di samping projek lain seperti Kereta Api Kelajuan Tinggi (HSR) ke Kuala Lumpur yang meningkatkan hubungan Singapura dengan rantau ini, kata Encik Wong.



"Banyak perkara yang perlu kita lakukan, tetapi kita mesti mempunyai keyakinan melakukannya. Jika anda melihat sejarah di Singapura, kita tidak pernah gagal dalam usaha menyusun semula ekonomi sebelum ini.



"Marilah kita yakin terhadap diri kita sendiri, terhadap syarikat kita, dan terhadap kerjasama yang dijalin," ujarnya.



Katanya lagi, Singapura amat menyokong Inisiatif Belt and Road (BRI) China, dan menyifatkan syarikat Singapura sebagai "rakan kerja semula jadi" bagi syarikat China yang ingin bertapak di Asia Tenggara.



Forum semalam dianjurkan Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF) dan disokong Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI), Kedutaan China di Singapura, serta IE Singapore, bersama beberapa dewan perniagaan dan pertubuhan lain.



Acara tersebut menghimpunkan lebih 600 pemimpin perniagaan dan pegawai pemerintah daripada lebih 40 negara untuk meninjau peluang perniagaan daripada projek BRI.



Semalam, SBF dan Persatuan Perusahaan China (CEA) turut melancarkan Wadah BRI Connect bagi menghubungkan pelbagai pihak yang berminat dalam projek BRI di Singapura, China dan sepanjang Belt and Road itu.



Ini termasuk menyediakan wadah bagi perkongsian pembangunan terkini mengenai BRI, kajian penilaian, bantuan berkenaan pelaburan dan pembiayaan projek, dan sebagainya.



Sebuah laman gerbang Belt and Road dalam bahasa Inggeris, yang membawa berita terkini tentang inisiatif tersebut, turut dilancarkan semalam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >