Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Projek 'segarkan' Geylang Serai...

Mar 09, 2023 | 05:30 AM



MENJELANG suku kedua 2024, pengunjung dapat menikmati suasana yang segar dan baru di sekitar kawasan Geylang Serai.



Kerja naik taraf akan dijalankan di kawasan sekitar Pasar Geylang Serai dan Joo Chiat Complex dan dijangka bermula pada suku kedua 2023.



Demikian diumumkan oleh Menteri di Pejabat Perdana Menteri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Jalur Budaya Geylang Serai, Dr Mohamad Maliki Osman, semasa sidang media pada Rabu di Wisma Geylang Serai.



Antara perubahan yang dirancang di kawasan itu adalah pembinaan tempat permainan kanak-kanak baru di Joo Chiat Complex.



Permukaan bangunan itu juga akan diubah suai dengan lapisan cat baru dan pemasangan lampu yang terang untuk mempamerkan wajah yang segar pada waktu malam.



BDP Architects (Southeast Asia) Pte Ltd telah dipilih untuk menyelenggarakan projek ini, sementara Chian Teck Realty Pte Ltd dianugerahkan kontrak untuk kerja-kerja pembinaan.



Laporan lanjut: Kerja naik taraf Jalur Budaya Geylang Serai mula suku kedua 2023




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >