Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Prosedur pemindahan hati kurang invasif di NUH

Mar 20, 2021 | 05:30 AM



HOSPITAL Universiti Nasional (NUH) telah memperkenal satu prosedur baru yang kurang invasif untuk mereka yang ingin menderma hati.



Antara faedah yang dapat dilihat pada penderma hati hidup ialah prosedur baru itu tidak sesakit kaedah lama, dengan parut lebih kecil dan masa pemulihan lebih pendek.



Dengan cara itu, diharapkan lebih ramai penderma tampil membantu pesakit memerlukan organ tersebut.



NUH menjalankan pemindahan hati kurang invasif pertamanya ke atas seorang penderma pada 2017, yang dilakukan oleh Profesor Madya Alfred Kow, konsultan kanan pemindahan hati di Pusat bagi Pemindahan Organ Universiti Nasional (NUCOT), NUH.



"Kelebihan pembedahan kurang invasif bagi penderma termasuk potongan pembedahan lebih kecil, kurang rasa sakit selepas pembedahan dan tempoh pemulihan lebih cepat," kata Profesor Kow.



"Dengan kemajuan dalam pembedahan penderma hidup kurang invasif, matlamat kami ialah meningkatkan pemulihan penderma, dan kami berharap ia akan mendorong lebih ramai individu tampil menyelamatkan lebih ramai pesakit," tambah beliau.



Dalam pembedahan pemindahan hati biasa, pakar bedah melakukan potongan berbentuk huruf 'J' sepanjang 20 hingga 25 sentimeter di bahagian perut penderma bagi mendapatkan organ itu.



Kaedah itu mudah bagi pakar bedah kerana mereka mempunyai ruang luas untuk melakukan pembedahan, namun ini bermakna proses pemulihan penderma boleh memakan masa hingga sebulan.



Dengan kaedah kurang invasif, yang dikenali juga sebagai prosedur laparoskopi, pakar bedah melakukan pemotongan sebahagian hati melalui potongan kecil di bahagian perut penderma berukuran lima hingga 10 milimeter.



Pasukan bedah kemudian membahagikan hati itu kepada dua bahagian dan hati yang didermakan dikeluarkan melalui satu potongan berukuran lima hingga tujuh sentimeter di bahagian atas kawasan kemaluan penderma.



Cara ini meninggalkan parut kecil di bahagian badan penderma berbanding pembedahan pemindahan hati biasa, dan secara purata, penderma yang menjalani kaedah ini boleh melakukan kegiatan biasa dalam masa seminggu.



Cik Sophia Chua, 32 tahun, seorang suri rumah yang menderma hati beliau kepada anak lelakinya yang berusia empat tahun, berkata prosedur itu meninggalkan kesan berukuran hanya lima sentimeter, dan beliau pulih dalam masa dua minggu.



Sejauh ini, Profesor Kow dan pasukannya telah melakukan pemindahan organ penderma hidup dalam 15 kes melalui kaedah kurang invasif itu, dengan lapan daripada mereka penerima kanak-kanak berusia di bawah 16 tahun dan tujuh penerima dewasa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >