Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Proses daftar kahwin, cerai lebih mudah satu keprihatinan

Naib kadi: Pasangan ambil ringan proses kerana ia boleh dibuat dalam talian, ringkas
Apr 05, 2023 | 05:30 AM



CARA yang mudah untuk mendaftarkan perkahwinan dan bercerai menerusi dalam talian merupakan sesuatu keprihatinan bagi naib kadi Ustaz Muhd Zaki Mahmod.



Menurutnya meski daripada segi proses ia lebih ringkas tetapi secara tidak langsung ia mempunyai kesan kepada pasangan yang mengambil ringan terhadap perkahwinan dengan tidak berfikir panjang atau perancangan yang teliti jika ingin berumah tangga mahupun menuntut cerai.



"Masalah yang mungkin timbul ialah ketidakstabilan diri pasangan itu sendiri. Ini yang membimbangkan," kata beliau.



Ustaz Zaki berkata demikian dalam satu rakaman podcast #NoTapis bersama hos koresponden, Atiyyah Mohd Said.



Selain beliau, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim turut hadir dalam sesi podcast tersebut.



Podcast tersebut merupakan susulan perbahasan Belanjawan di Parlimen baru-baru ini.



Merujuk kepada perangkaan yang dikeluarkan Jabatan Statistik Singapura (DOS), sebanyak 28,329 perkahwinan sivil dan Muslim didaftar pada 2021, 25.1 peratus lebih tinggi berbanding 2020.



Daripada segi pembubaran pula, terdapat 7,890 pembubaran perkahwinan pada 2021, peningkatan sebanyak 13.4 peratus berbanding tahun sebelumnya.



Pembubaran perkahwinan merujuk kepada kedua-dua perceraian dan pembatalan.



Menurut Ustaz Zaki, ada kalanya akibat kurang perancangan atau tidak tahu di mana untuk mendapatkan bantuan mengenai isu rumah tangga, pasangan akan mengambil jalan mudah dan dengan adanya sistem dalam talian, lebih senang bagi mereka menuntut perceraian.



Merujuk kepada program BersamaMu yang ada sekarang, Ustaz Zaki berkata beliau mengalu-alukan program tersebut kerana ia memberi peluang kepada naib kadi sepertinya berinteraksi dengan pasangan, memahami masalah mereka dan sekali gus memberikan nasihat yang bertepatan dengan situasi mereka.



"Tapi pucuk pangkalnya tetap bergantung pada diri pasangan itu sendiri.



"Cuma kita sebagai naib kadi mempunyai wadah untuk menasihatkan pasangan," katanya.



Sejauh ini, sejak BersamaMu diperkenalkan, lebih 20,000 pasangan telah mengikuti program ini.



Dalam pada itu, Ustaz Zaki turut mengongsi tentang cabaran yang dialami naib kadi hari ini berbanding dengan zaman dahulu, yang tugasnya sekadar untuk menikahkan pasangan dan kemudian tidak lagi bersemuka dengan pasangan itu lagi.



Menurutnya, sebelum pernikahan ada pasangan yang bertanyakan tentang hal mas kahwin, wali dan sebagainya. Ini, kata Ustaz Zaki, merupakan sesuatu yang baik kerana pasangan dapat merujuk kepada seseorang yang bertauliah untuk mendapatkan pandangan yang berhemah dan mematuhi ajaran Islam.



Namun pada masa yang sama, terdapat juga kejadian di mana, pasangan setelah berumah tangga dalam sekitar enam bulan dan mengalami masalah dalam perkahwinan tersebut, akan menghubungi naib kadi tidak kira waktu.



"Biasalah orang kalau tengah masalah dia akan hubungi kita bila-bila masa sahaja, tidak kira masa, pagi, petang, siang ataupun malam.



"Pernah satu masa itu, tiba-tiba eh kenapa ramai yang hubungi ni?" singkapnya.



Oleh itu beliau terpaksa memantau dan mendahulukan kes mana yang perlu diberikan keutamaan.



Kes yang melibatkan keganasan rumah tangga atau suami terus meninggalkan isteri bagi tempoh yang lama antara yang perlu beliau tangani terlebih dahulu.



Mujur katanya, beliau bekerjasama rapat dengan Projek Arif di mana kes tersebut akan dirujuk kepada pekerja sosial perubatan untuk sesi susulan.



Ustaz Zaki juga menambah beliau akan turut sama mengunjungi pasangan itu bagi menyelesaikan masalah mereka.



Projek Arif disasarkan kepada pasangan yang mungkin memerlukan sokongan tambahan dari segi kesihatan ibu dan pembangunan kanak-kanak.



Bagaimanapun beliau berharap dengan usaha yang dilakukan, ia akan dapat memperkukuh dan mengutuhkan lagi institusi rumah tangga pasangan Melayu/Islam di sini.



"Kami sentiasa mendoakan agar mahligai yang mereka bina terus diberkati dan dapat membina keluarga yang sakinah (aman damai), mawaddah (kasih sayang) dan rahmah (belas ihsan)," katanya lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >