Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PSA sasar kurangkan 50% pengeluaran karbon jelang 2030

Mahu capai pengeluaran karbon sifar secara progresif jelang 2050
Aug 03, 2021 | 05:30 AM



PENGENDALI pelabuhan PSA telah meletakkan sasaran untuk mengurangkan pengeluaran karbonnya sebanyak 50 peratus menjelang 2030, berbanding tahap pengeluarannya pada 2019.



Syarikat itu juga mahu secara progresif mencapai pengeluaran karbon sifar menjelang 2050.



Komitmen syarikat itu untuk membangun pelabuhan yang lebih berdaya tahan dan mampan digariskan dalam laporan kemampanan pertama yang dilancarkan syarikat itu semalam.



Pengerusi Kumpulan PSA, Encik Peter Voser, berkata sedang PSA berusaha pulih dan muncul lebih kukuh daripada pandemik, syarikat itu mempunyai peluang yang unik untuk menyumbang kepada ekonomi global yang lebih mampan.



"Kami percaya kemampanan bukan semata-mata satu pilihan, bahkan tanggungjawab kita.



"Adalah penting bagi kami untuk memastikan daya tahan perniagaan kami, membolehkan pertumbuhan tanpa menjejas keperluan generasi masa depan atau memusnahkan sistem sekitaran yang kami bergantung padanya," kata Encik Voser.



Menurut kenyataan PSA semalam, syarikat itu telah membuat pelaburan dan menerajui inovasi untuk mengurangkan karbon dalam operasinya.



Antara usaha itu termasuk penggunaan elektrik bagi peralatannya dan menguji sumber kuasa alternatif seperti hidrogen.



Pelabuhan Tuas di Singapura juga akan memaparkan teknologi iklim terbaru serta operasi pelabuhan yang mampan.



Laporan Kemampanan PSA itu membentangkan Rangka Kerja Strategi Kemampanan kumpulan itu, yang memberi tumpuan kepada mengambil tindakan iklim, mengubah rantai bekalan, memupuk tenaga kerja yang bersiap sedia bagi masa depan, serta amalan perniagaan yang bertanggungjawab.



Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PSA, Encik Tan Chong Meng berkata laporan itu mencerminkan komitmen dan cita-cita syarikat itu untuk menerajui pertumbuhan mampan dalam industri pelabuhan dan logistik di peringkat global.



"Selain membina keupayaan digital untuk meningkatkan daya tahan rantai bekalan, kami juga sedang menginovasi huraian kargo baru untuk menyediakan pilihan logistik lebih hijau bagi pengguna rantai bekalan, terutamanya syarikat kapal yang prihatin tentang perubahan iklim.



"Dalam dunia yang semakin berhubung dan saling bergantung, tiada perniagaan atau negara boleh menangani virus, menjalankan perdagangan atau menangani kerosakan sekitaran sendiri.



"PSA berada dalam kedudukan unik untuk mempengaruhi dan memacu perubahan mampan menjangkau operasi kami, ke seluruh rantai bekalan global," ujar Encik Tan.



Tambahnya, syarikat itu juga sedang 'secara aktif' memacu kerjasama dalam industri itu untuk mencetus perubahan yang berdaya tahan.



Laporan Kemampanan PSA itu juga sejajar dengan rangka kerja pelaporan antarabangsa, termasuk Piawaian Inisiatif Pelaporan Global.



PSA juga berkata ia telah meletakkan sasaran yang bercita-cita tinggi dan akan terus memburu inovasi dan kerjasama untuk mencapainya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >