Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PUB siasat air paip keruh di BMTC Pulau Tekong

Nov 22, 2019 | 05:30 AM



SUMBER air alternatif telah digunakan di Pusat Latihan Tentera Asas (BMTC) di Pulau Tekong selepas air paip yang bertukar warna, dilaporkan berlaku di beberapa bahagian pusat itu.



Menurut kenyataan Kementerian Pertahanan (Mindef) di Facebooknya semalam, agensi air negara PUB telah dihubungi dengan segera berikutan laporan yang diterima itu.



Akhbar The Straits Times (ST) difahamkan bahawa tiada askar terjejas oleh air paip yang berukar warna itu.



Mindef berkata, PUB telah membersihkan rangkaian air di Pulau Tekong dan mengambil contoh air bagi menyiasat sebab di sebalik perubahan warna air itu.



PUB memberitahu ST bahawa ia telah dimaklumkan tentang hal itu sekitar 7.30 pagi semalam dan pegawainya telah ke tempat kejadian dengan segera.



Dalam Facebooknya, Mindef menulis:



"Keselamatan dan kesejahteraan askar kita amat penting.



"BMTC buat masa ini sedang menggunakan sumber air alternatif dan tangki air yang dikerahkan PUB bagi memenuhi keperluan air yang diperlukan askar seperti untuk diminum dan persiapan makanan."



Tambah Mindef, ia kini sedang bekerja rapat dengan PUB untuk memulihkan semula bekalan air yang boleh diminum dengan secepat mungkin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >