Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PUB tubuh Rangka Kerja Pembiayaan Hijau sokong usaha mampan

Aug 19, 2022 | 05:30 AM



AGENSI air negara, PUB, telah menubuhkan satu Rangka Kerja Pembiayaan Hijau untuk membiayai projek-projek yang telah dirancang dan projek masa hadapan yang menyokong usaha kemampanan PUB.



Sebagai sebahagian daripada Program Nota Bertempoh Sederhana Bagi Pelbagai Mata Wang bernilai $10 bilion, PUB juga merancang untuk melancarkan kerjasama hijau sulungnya pada akhir bulan ini.



Ini bakal menandakan satu lagi kejayaan dalam usaha PUB untuk meningkatkan mutu pembangunan yang mampan dan tindakan iklim, katanya dalam kenyataan semalam.



Penubuhan Rangka Kerja Pembiayaan Hijau PUB akan menyumbang ke arah Rancangan Hijau Singapura 2030, yang merupakan satu usaha di seluruh negara dalam membina sebuah masa depan yang mampan untuk Singapura.



Ia juga satu perangsang bagi PUB untuk terus berusaha dan berinovasi dalam memastikan bekalan air berterusan di Singapura di tengah-tengah cabaran perubahan iklim kini.



Bukan itu sahaja, dengan pertumbuhan ekonomi serta penambahan penduduk setempat, Singapura akan berhadapan dengan cuaca yang lebih ekstrem akibat daripada perubahan iklim dan PUB menjangkakan keperluan air bersih akan berlipat dua kali ganda menjelang tahun 2060.



Maka, penggunaan air kitar semula NEWater dan proses penyahgaraman juga akan meningkatkan penggunaan elektrik untuk memenuhi permintaan air yang semakin meningkat.



Dengan itu, rangka kerja yang ditubuhkan akan memastikan bahawa bon hijau yang dikeluarkan mematuhi piawaian terbaik pasaran, termasuk tadbir urus yang kukuh dan kriteria kelayakan yang jelas untuk menilai dan mengenal pasti projek hijau yang memberi kesan positif kepada alam sekitar.



Rangka Kerja Pembiayaan Hijau PUB diselaraskan dengan Modal Prinsip Bon Hijau 2021 bagi Persatuan Pasaran Antarabangsa (ICMA) serta Piawaian Bon Hijau 2018, Forum Modal Pasaran ASEAN (ACMF).



Dalam pada itu, Kemudahan Pengurusan Sisa Bersepadu (IWMF) oleh Agensi Alam Sekitar (NEA) kini sedang dibina di Tuas Nexus.



Loji Penambakan Air Tuas itu merupakan inisiatif pertama Singapura untuk memanfaatkan potensi sinergi perhubungan antara air-tenaga-sisa dengan mengintegrasikan air terpakai dan proses rawatan sisa untuk menjana tenaganya sendiri.



Usaha itu dijangka bakal menghapuskan lebih daripada 200,000 tan pelepasan karbon dioksida setiap tahun, seumpama penghapusan sisa karbon dari 42,500 kereta di jalan raya Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >