Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MINGGU AIR ANTARABANGSA SINGAPURA

PUB tumpu usaha R&D hasilkan air dengan lebih berkesan

Jul 05, 2018 | 05:30 AM



SINGAPURA telah melaburkan $453 juta bagi usaha penyelidikan dan pengembangan (R&D) air sejak 2002 dan kini dalam kedudukan baik untuk mencapai sasaran jangka panjang bagi menambah sumber air.



Selanjutnya, Singapura akan menumpukan usaha R&D untuk menjadikan usaha penghasilan air lebih berkesan, dari sudut penggunaan tenaga dan penjanaan sisa.



Penolong Ketua Eksekutif (Teknologi dan Sistem Masa Depan) di agensi air negara PUB, Encik Harry Seah, berkata PUB, melalui proses R&D yang teliti sejak berdekad lalu, telah berjaya memenuhi sebahagian matlamat jangka pendek dan sederhana.



"Lebih penting lagi, wang yang kami laburkan bagi R&D membantu kami menjimatkan perbelanjaan... dan kami berusaha untuk memastikan lapan daripada 10 projek yang dicuba mencapai tahap ia boleh dilaksanakan," ujar Encik Seah.



Beliau berkata demikian semasa bertemu media untuk memberikan gambaran terkini tentang usaha Singapura dalam penyelidikan air, menjelang Minggu Air Antarabangsa Singapura (SIWW) di Marina Bay Sands mingu depan.



Sejak 2002, PUB, dengan rakan penyelidikan privet dan Yayasan Penyelidikan Kebangsaan (NRF) telah melabur $453 juta dalam 600 projek R&D air dan berkejasama dengan rakan dari 27 negara.



Dalam kenyataannya, PUB berkata projek R&D ini merangkumi lingkungan persediaan teknologi - dari kajian asas kepada ujian skala makmal, industri dan komersial.



Dua contoh hasil R&D yang berkesan ialah sumber air NEWater dan air sulingan, yang masing-masing diperkenalkan pada 2002 dan 2005.



Kededua sumber ini memenuhi sehingga 70 peratus keperluan harian Singapura iaitu sejumlah 430 juta gelen sehari dan dijangka boleh menampung sehingga 85 peratus keperluan air setempat apabila ia meningkat seganda pada 2060.



Sebelum 2002, Singapura bergantung pada air yang diimport dari Malaysia dan yang dikumpulkan di 17 kolam air simpanan sebagai sumber air utama.



Namun, menghasilkan Newater dan air sulingan memerlukan tenaga yang banyak - antara lima dengan 17 kali ganda lebih tenaga diperlukan berbanding merawat air secara konvensional.



Menurut PUB, memenuhi permintaan air di masa depan menggunakan teknologi hari ini memerlukan empat kali ganda tenaga elektrik - daripada 1,000 GigaWat sejam GWh setahun kepada 4,000 GWh setahun.



Proses ini juga menghasilkan seganda lebih banyak sisa, daripada 300,000 tan sisa setahun kepada 600,000 tan sisa setahun.



"Perkara ini tidak berdaya tahan dan hanya boleh diatasi menggunakan teknologi," kata Encik Seah.



PUB telah menetapkan matlamat jangka panjang untuk memenuhi permintaan air pada 2060 tanpa menambah penggunaan tenaga atau sisa yang dihasilkan.



Menurut Encik Seah, ini juga selaras dengan keinginan Singapura untuk menjimatkan kos dan memenuhi ikrar iklim antarabangsa untuk mengurangkan penggunaan bahan api yang menghasilkan karbon.



Antara lain, PUB bekerjasama dengan institut penyelidikan dan sektor privet untuk berbuat demikian, seperti projek penyelidikan yang sedang diusahakan dengan syarikat Amerika Syarikat Evoqua, tentang bagaimana mengurangkan tenaga yang digunakan untuk menyuling air.



Walau tenaga boleh diimport atau dihasil menggunakan bahan api yang diimport dari luar negera, harganya akan melambung di masa depan, tambah Encik Seah.



"Pada masa ini, kita mampu membeli (tenaga), tetapi harga tenaga akan meningkat. Jika kita tidak bertindak, kos menghasilkan air akan meningkat," kata Encik Seah.



"Kita harus perlu sentiasa mencari jalan untuk menggunakan secara optimum sumber terhad yang kita ada."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >