Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pusat bandar, ketersambungan dipertingkat, antara pelan pembaharuan Ang Mo Kio

Sep 23, 2023 | 04:00 PM



Penduduk di estet perumahan Ang Mo Kio, boleh menjangkakan pusat bandar yang diberi nafas baru dengan ruang komuniti dan ketersambungan dipertingkatkan melalui program Membentuk Semula Estet (ROH).

Berdasarkan maklum balas daripada tinjauan dan perbincangan kumpulan fokus Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), saranan untuk Ang Mo Kio akan tertumpu kepada usaha naik taraf bandar dan pusat-pusat kejiranan serta mencipta ruang komuniti baru.

Encik Henry Kwek, penasihat kepada Pertubuhan Akar Umbi (GRO) Kebun Baru SMC, mengumumkan pelan naik taraf itu semasa pelancaran pameran ROH Ang Mo Kio di AMK Hub pada Sabtu.

Pusat Bandar Ang Mo Kio akan mengalami peningkatan dalam dua fasa. Fasa pertama telah diumumkan oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Ogos 2022. 

Ia melibatkan peningkatan jalan bagi pejalan kaki dengan kanopi yang terlindung untuk menghubungkannya dengan AMK Hub serta tempat duduk berteduh di pusat bandar itu.

Dilaksanakan oleh Majlis Bandar Ang Mo Kio (AMKTC), kerja-kerja itu akan selesai secara berperingkat mulai suku kedua tahun 2024. 

Fasa kedua kerja-kerja peningkatan dijadualkan siap pada tahun 2027, yang termasuk laluan permainan yang direka sebagai litar jalan mini. 

Kawasan terbuka di samping Broadway Plaza akan dibangunkan sebagai ruang komuniti dengan elemen permainan untuk semua generasi manakala ruang kedai baru akan dibangunkan untuk melengkapi kemudahan komersial sedia ada.

Sementara itu, ketersambungan antara ruang hijau akan ditambah.

Misalnya, laluan rekreasi baharu yang dipanggil “Garden Loop” akan diperkenalkan untuk menyambungkan kedua-dua taman bandar dan Taman Bishan-Ang Mo Kio dengan pusat bandar Ang Mo Kio.

Laluan baru itu akan dilengkapi dengan taman kecil dan sudut kecergasan, menawarkan ruang untuk penduduk berjalan, berlari, atau berbasikal dari pusat bandar ke taman di Ang Mo Kio.

Lembaga Taman Negara (NParks) juga merancang untuk meningkatkan Taman Bandar Ang Mo Kio Barat dengan taman terapeutik baru dan taman permainan alam baru untuk kanak-kanak.

Bagi meningkatkan ketersambungan di kejiranan itu, kerja pembinaan bagi Laluan Rentas Pulau (CRL) telah dimulakan.

Apabila siap, ia akan meningkatkan akses dan memendekkan masa perjalanan ke bahagian lain Singapura.

Koridor Utara-Selatan (NSC) akan datang di sepanjang Ang Mo Kio Avenue 6, akan merangkumi hampir 12 kilometer terowong jalan bawah tanah, menghubungkan kawasan utara Singapura ke bandar.

Dengan lebih banyak lalu lintas kenderaan dialihkan ke terowong NSC, jalan permukaan sepanjang AMK Avenue 6 boleh digunakan semula untuk lorong bas, laluan basikal, jalan bagi pejalan kaki, dan lebih banyak ruang komunal yang hijau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >