Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pusat kaji kesihatan wanita dilancar di NUS

Nov 10, 2023 | 06:03 PM



Kesihatan kaum Hawa bukan sahaja penting bagi kebaikan diri, namun juga demi kemaslahatan masyarakat sejagat kerana wanita adalah tonggak keluarga dan masyarakat, kata Menteri di Pejabat Perdana Menteri dan Menteri Kedua (Pembangunan Negara merangkap Kewangan), Cik Indranee Rajah.

Jadi ia penting bagi wanita di sini, mengutamakan kesihatan dari sudut individu dan peka terhadap keperluan kesihatan mereka dalam setiap fasa kehidupan mereka.

Ini turut selaras usaha SG Lebih Sihat, kata Cik Indranee, yang memberi tumpuan kepada jagaan kesihatan peringkat awal daripada jagaan akut kepada penjagaan pencegahan supaya rakyat lebih proaktif menjaga kesihatan sendiri.

Cik Indranee berkata demikian dalam ucapannya selaku tetamu terhormat semasa majlis pelancaran Pusat Global bagi Kesihatan Wanita Asia atau ‘Glow’ pada Jumaat.

Pusat Glow yang bertapak di Sekolah Perubatan Yong Loo Lin, Universiti Nasional Singapura (NUS) ialah pusat penyelidikan yang, menurut NUS, bermatlamat memajukan penyelidikan canggih terhadap kesihatan dan kebajikan wanita dan keluarga agar dapat mengurangkan jurang antara hasil kajian, dasar dan amalan.

Cik Indranee berkata beliau mengalu-alukan pembangunan pusat itu yang mempunyai misi “Wanita yang sihat dan bahagia; Keluarga yang Sihat dan Bahagia; masyarakat yang Sihat dan Bahagia.”

Acara itu juga melancarkan Sidang Kesihatan Wanita pertama bertema; “Menggalak Kesihatan dan Kehidupan Sihat Wanita: dari Makmal ke Dapur” dan dihadiri Timbalan Presiden (Ehwal Akademik) dan Provos NUS, Profesor Aaron Thean, serta dekan dan pengarah akademik lain.

Cik Indranee berkata usaha ini sangat bermakna sebab ia menitikberatkan sokongan bagi kesihatan wanita pada masa kini dan masa depan mereka.

Ini kerana, menurut Cik Indranee, meskipun peranan jantina dalam masyarakat Singapura telah berubah, wanita masih dianggap golongan penjaga utama dalam rumah dan keluarga, dan pada masa yang sama, membentuk 47 peratus penduduk bekerja di sini.

Dengan itu, beliau menggesa wanita agar mementingkan kesihatan di setiap fasa hidup mereka, supaya dapat menyumbang di tempat kerja, masyarakat dan juga keluarga dengan baik.

Dengan merujuk kepada beberapa hasil tinjauan tempatan, Cik Indranee mendedahkan beberapa cabaran dilalui wanita di setiap peringkat kehidupan.

Antaranya masalah tulang belakang atau skoliosis di peringkat muda, serta risiko papilomavirus manusia (HPV).

Pada peringkat dewasa pula, kaum wanita perlu kerap mencegah diri daripada kenaikan badan tidak sihat bagi mengurangkan risiko penyakit kronik dan bagi golongan yang mahu menjadi ibu, bakal hadapi isu kehamilan dan kesuburan yang berkait usia.

Di peringkat usia pertengahan dan selanjutnya, wanita juga terdedah kepada penyakit tertentu, antaranya barah buah dada yang kian menjejas semakin ramai wanita, selain cabaran kesihatan lain yang datang selepas menopaus.

Wanita menyumbang kepada kepelbagaian dari segi kemahiran, nilai dan perspektif dalam tempat kerja dan apabila memegang jawatan pemimpin, mereka dapat menyokong dalam usaha pemerintahan dan pembinaan budaya lebih baik dalam institusi tempatan, kata Cik Indranee.

“Wanita yang mempunyai kesihatan bagus mempunyai kedudukan lebih baik untuk menjadi versi mereka yang paling mantap di rumah dan di tempat kerja,” ujar Cik Indranee lagi.

“Ini sekali gus membolehkan mereka mencapai aspirasi kerjaya mereka sambil mengejar matlamat peribadi masing-masing, dan pada masa yang sama, memberi jagaan kepada orang yang tersayang.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >