Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pusat Kulit Nasional baru jadi pusat sehenti, lengkap kemudahan baru

Oct 25, 2023 | 07:22 PM



Pusat Kulit Nasional (NSC) baru kini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang membolehkannya bertindak sebagai satu pusat sehenti bagi pesakit yang memerlukan terapi atau rawatan intravena tanpa perlu pergi ke hospital.

Ini sekali gus memudahkan pesakit yang mendapatkan rawatan di pusat itu selain mempertingkat kecekapan penjagaan serta membantu mengurangkan penggunaan katil di hospital akut.

Berucap semasa pembukaan rasmi bangunan baru itu, Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, berkata NSC baru itu juga menyediakan latihan dermatologi (cabang perubatan yang berkaitan dengan kulit) yang dipertingkat di pelbagai peringkat, daripada peringkat sarjana muda hingga pos siswazah.

Di bawah SG Lebih Sihat, doktor penjagaan asas juga memainkan peranan semakin meningkat dalam menguruskan keadaan kulit.

NSC akan melatih doktor penjagaan asas melalui program Diploma Siswazah Dermatologi Amalan Keluarga, untuk lebih menyokong keperluan penjagaan kulit rakyat Singapura.

Pembukaan rasmi NSC itu diadakan pada Rabu di Mandalay Road.

Menurut Encik Ong, masalah kulit yang berleluasa akan terus meningkat dan terdapat dua trend utama yang menyebabkannya – penuaan dan pemanasan global.

Di samping latihan dermatologi yang dipertingkatkan di pelbagai peringkat, terdapat beberapa peningkatan lain yang dilakukan.

Ini termasuk memperluas infrastruktur, penggunaan tele-perubatan lebih baik, usaha penyelidikan berterusan dalam dermatologi serta penekanan berterusan terhadap penjagaan pencegahan.

NSC baru mempunyai mempunyai 69 bilik perundingan, sebelum ini hanya 40 di premis lama. Peluasan itu adalah untuk memudahkan perjalanan dan pengalaman pesakit serta penjagaan pelbagai disiplin.

Penggunaan tele-perubatan yang lebih baik seperti perkhidmatan tele-dermatologi NSC, ataupun Tele-Derm, yang dirintis dengan kerjasama Poliklinik Kumpulan Penjagaan Kesihatan Nasional (NHG) pada 2016, juga akan dilakukan.

Tele-Derm membantu menghubungkan doktor poliklinik dengan pakar dermatologi dari jauh dan dengan pantas, meningkatkan penjagaan pesakit, dan mengelak rujukan yang tidak perlu kepada NSC.

NSC juga telah melanjutkan tele-perundingan kepada lebih ramai pesakit, terutamanya mereka yang sudah tua, lemah dan tidak mampu bergerak.

Sehingga Ogos lalu, NSC telah menangani hampir 4,000 kes melalui perkhidmatan tele-dermatologinya, kata Encik Ong.

Pusat baru itu juga berada dalam kedudukan baik untuk menjalankan penyelidikan yang bermakna, membolehkan usaha penyelidikan dalam bidang dermatologi.

Menurut Encik Ong, NSC telah mengenal pasti bidang keutamaan untuk penyelidikan, seperti ekzema, kronik penyakit kulit radang dan barah kulit, yang sangat relevan dengan warga tua.

“NSC adalah salah satu daripada beberapa pusat kepakaran negara di Singapura yang membantu menyokong keperluan penjagaan kesihatan penduduk kita.

“Dengan menubuhkan pusat-pusat ini, kami menumpukan usaha kami, dan menyatukan sumber dan kepakaran untuk membina pusat kecemerlangan yang boleh memberi perkhidmatan kepada keseluruhan ekosistem penjagaan kesihatan,” ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >