Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KORONAVIRUS

Pusat Pameran Changi terima kumpulan pertama pesakit Covid-19

Kemudahan boleh tampung sekitar 2,700 pesakit: CEC
Apr 27, 2020 | 05:30 AM



PUSAT Pameran Changi (CEC), yang menjadi lokasi Pertunjukan Udara Singapura, telah menerima kumpulan pertama pesakit Covid-19, semalam.



Seramai 50 pesakit yang mengalami simptom ringan kini berada di kemudahan pengasingan masyarakat itu, dengan makanan mereka dihidang menggunakan robot.



Dengan keluasan 33,000 meter persegi, kemudahan itu boleh menampung sekitar 2,700 pesakit, menurut CEC.



Ini adalah lima ganda lebih besar daripada kemudahan pengasingan masyarakat di D'Resort NTUC di Pasir Ris.



Malah, kawasan itu mampu dibesarkan lagi jika perlu, dengan menggunakan ruang luar seluas 75,000 meter persegi, menurut jawatankuasa eksekutif kemudahan tersebut yang ditukil The Straits Times.



Kemudahan itu, yang diuruskan oleh Hotel Mandarin Oriental Singapura, dilengkapi dengan 52 alat penyejuk untuk memastikan kawasan tersebut berada pada suhu 28 hingga 29 darjah Celsius dan mempunyai pengalihan udara yang mencukupi.



Tempat tinggal pesakit juga dilengkapi dengan akses Wi-Fi, kipas angin, tempat tidur dan kabinet simpanan.



Pek barangan yang termasuk barangan keperluan seperti sanitiser tangan, sabun cuci baju dan keperluan bilik air, turut diedarkan kepada para pesakit.



Satu saluran Telegram yang dinamakan 'Rumah Kedua', juga dihasilkan oleh pesakit dengan mesej penyiaran dalam pelbagai bahasa seperti Bengali, Tamil, Mandarin dan Inggeris.



Bagi mendorong semangat pesakit, para sukarelawan dari Persatuan India Singapura telah menyampaikan kata-kata perangsang menerusi saluran itu, di awal dan akhir hari.



Program senaman harian juga dikirim menerusi saluran tersebut.



Pengarah eksekutif Wisma Teroka Singapura (SDC), Encik Joseph Tan, yang juga merupakan ahli jawatankuasa infrastruktur kemudahan itu, berkata:



"Kami ingin memastikan pesakit yang tinggal di sini akan berasa selesa."



Kemudahan itu telah diubah dalam masa kurang tiga minggu sahaja - hasil kerja kerjasama sembilan pertubuhan berkaitan dengan Mindef, serta Persatuan Dormitori Singapura, syarikat runding cara, Surbana Jurong dan Experia Events, yang menyediakan kemudahan tersebut.



Namun ia bukan sesuatu yang mudah untuk dicapai.



Pengurus besar The Chevrons, Encik Tan Chong Boon, yang menganggotai jawatankuasa operasi kemudahan itu berkata pasukannya bekerja tujuh hari seminggu sejak awal projek tersebut.



Kerja-kerja berterusan sehingga tengah malam Sabtu, bagi memastikan ia sedia menerima kumpulan pesakit pertama.



Namun kata beliau:



"Kami bersemangat kerana kami tahu ini dibuat kerana tujuan yang baik."



Para pesakit disediakan makanan halal tiga kali sehari dari beraneka hidangan etnik.



Bagi mengurangkan hubungan fizikal di antara kakitangan dengan pesakit, robot-robot dari ST Engineering dikerahkan untuk mengagihkan makanan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >