Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pusat Pekerja Asing beri sokongan kepada mangsa kemalangan PIE, keluarga terjejas

Apr 20, 2021 | 11:26 PM



PUSAT Pekerja Asing (MWC) prihatin dengan kemalangan besar melibatkan kenderaan pengangkutan buruh asing yang berlaku di Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) pagi Selasa (20 April).



Kejadian itu mengorbankan seorang pekerja dengan 16 yang lain cedera.



Dalam catatan Facebooknya, MWC menjelaskan ia telah berhubung dengan majikan pekerja yang terjejas dan sedang berurusan rapat dengan mereka bagi menyediakan bantuan yang diperlukan buat pekerja ini.



"Sehingga petang Selasa, sembilan pekerja yang cedera ini sudah dibenarkan pulang dari hospital selepas dirawat kerana kecederaan kecil sementara baki tujuh lagi masih di hospital.



"Daripada sejumlah tujuh pekerja, dua daripada mereka berada di Unit Jagaan Rapi (ICU). Justeru, kami meminta orang ramai agar menghimpun ingatan dan doa mereka buat pekerja ini," tambah MWC.



Bagi pekerja yang terjejas, MWC akan bekerjasama dengan hospital dan majikan mereka bagi mengunjungi mereka di sana dan lebih mustahak lagi, memberi mereka jaminan, MWC ada di sisi bagi menyediakan jagaan dan sokongan sewajarnya.



MWC menambah, memandangkan kemalangan ini berlaku sedang pekerja dalam perjalanan ke tapak pekerjaan mereka, mereka harus dilindungi di bawah Akta Pampasan Kecederaan Kerja (WICA).



MWC akan juga menghubungi keluarga tercinta pekerja yang terkorban sebagai mengirim ucap takziah dan rasa simpati serta memberi bantuan kewangan buat keluarga ini memandangkan pampasan daripada WICA makan masa untuk disampaikan kepada mereka.



"Sebagai tambahan pada WICA, MWC memahami keprihatinan orang awam yang mungkin ingin menyumbang dan membantu pekerja ini. Dana Bantuan Pekerja Asing (MWAF) iaitu sayap kebajikan MWC ini adalah salah satu daripada beberapa badan kebajikan di Singapura yang dibenarkan menyediakan sokongan kewangan buat tanggungan pekerja asing ini di luar negara," kata pusat itu lagi.



Dalam situasi sebegini, MWAF wujud bagi menyediakan sokongannya serta bagi kegunaan kes kemalangan pekerja asing lain, kes pertelingkahan atau yang menimbulkan kecemasan mereka.



Penderma yang ingin menyalurkan wang buat pekerja yang terjejas atau bagi tujuan menyokong pekerja asing yang memerlukan atau dalam keadaan cemas dibelenggu masalah ini boleh berbuat demikian menerusi pautan 'Giving.sg' - https://www.giving.sg/mwaf.



MWC akan terus memberikan maklumat terkini pada laman Facebook seandainya ada perkembangan lanjutan mengenai kes kemalangan ini.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >