Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pusat pembelajaran baru dibuka bagi pelajar disleksia

Mar 29, 2022 | 05:30 AM



SEBUAH pusat pembelajaran baru dibina untuk menyediakan perkhidmatan pakar yang penting untuk pelajar mengalami disleksia serta perbezaan pembelajaran khusus (SpLD).



Melancarkan pembukaan rasmi pusat itu semalam di 95A Henderson Road adalah tetamu terhormat, Presiden Halimah Yacob berkata Pusat Pembelajaran Henderson Persatuan Disleksia Singapura (DAS) akan menyokong sekitar 300 pelajar.



Ia merupakan peningkatan ketara daripada pusat pembelajaran Queenstown yang sebelum ini hanya dapat menyokong 180 pelajar.



"Pusat Pembelajaran Henderson itu penting dalam menyediakan khidmat kepada pelajar Disleksia, terutama apabila lebih ramai keluarga sedar dengan khidmat pakar DAS bagi pelajar yang menghadapi masalah dengan pembelajaran mereka," kata Puan Halimah.



Pusat baru itu yang lebih luas dan mempunyai lapan bilik darjah, akan membantu memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk pelajar disleksia dan SpLD di kawasan Bukit Merah.



Perkhidmatan ditawarkan di Pusat Pembelajaran Henderson DAS ini merangkumi Program Literasi Utama DAS, di mana sebahagiannya dibiayai oleh Kementerian Pendidikan (MOE) dan ia memenuhi keperluan pelajar daripada darjah satu hingga menengah lima.



Program Bahasa Cina, Matematik, Prasekolah dan PREP 2 PSLE juga akan ditawarkan oleh Divisyen Perkhidmatan Pendidikan Khusus DAS di pusat itu.



Di acara itu, Puan Halimah juga melihat dan tertarik dengan lukisan karya alumni DAS, Encik Nuh Syazwan Muhammad Zulkarnaen, 19 tahun.



Turut menghadiri acara itu adalah Anggota Parlimen (AP) GRC Tanjong Pagar, Cik Joan Pereira dan penaung DAS, Cik Tan Choo Leng.



"Pusat pembelajaran terbaru DAS akan memberi manfaat kepada pelajar dalam masyarakat kami yang menghidapi disleksia, serta perbezaan pembelajaran lain yang memerlukan sokongan kita untuk menyerlahkan kekuatan mereka.



"Bekerjasama dengan rakan masyarakat lain, DAS akan membantu kami mengambil langkah penting ke arah memperkukuh sumber masyarakat secara berterusan untuk penduduk kami," kata Cik Pereira.



Pembinaan pusat baru itu berjaya atas sokongan $50,000 daripada Yayasan Lee dan komitmen dan semangat wakil dari GRC Tanjong Pagar, dalam usahanya membina masyarakat yang inklusif dan menyokong untuk semua pelajar.



Pusat itu menggabungkan ciri-ciri bijak, termasuk sistem pengambilan kehadiran pelajar secara automatik dan akses kad kunci, untuk menyediakan pengalaman lancar tanpa sentuhan.



Lebih daripada 53 peratus pelajar dari bekas Pusat Pembelajaran Queenstown memerlukan bantuan kewangan.



DAS akan terus menyediakan dermasiswa untuk pelajar di pusat baru daripada isi rumah yang layak, untuk memastikan mereka boleh terus mendapat sokongan intervensi dalam perjalanan pembelajaran mereka.



Pada masa ini, DAS perlu mengumpul lebih $2 juta setiap tahun untuk menyediakan dermasiswa untuk pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah.




"Pusat Pembelajaran Henderson itu penting dalam menyediakan khidmat kepada pelajar Disleksia, terutama apabila lebih ramai keluarga sedar dengan khidmat pakar DAS bagi pelajar yang menghadapi masalah dengan pembelajaran mereka."
- Presiden Halimah Yacob.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >