Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pusat pemeriksaan Woodlands bakal diperluas, 9 blok HDB perlu diperoleh

May 26, 2022 | 12:58 PM



PUSAT Pemeriksaan Woodlands akan diperluaskan lagi melangkaui Pusat Bandar Woodlands Lama bagi mengurangkan kesesakkan lalu lintas yang dijangka akan meningkat sebanyak 40% menjelang 2050.



Rancangan penambahbaikan ini juga akan menyaksikan sembilan blok HDB di Marsiling Crescent/Lane - Blok 210 hingga 218 - diperoleh semula.



Mengumumkannya pada Khamis (26 Mei), pihak berkuasa berkata pemilik flat Blok 212 hingga 218 Marsiling Crescent/Lane akan ditawarkan faedah perumahan semula yang sama seperti yang ditawarkan di bawah Skim Pembangunan Semula Terpilih Secara Berkelompok (Sers).



Mereka juga akan mendapat pilihan dan diberi keutamaan untuk membeli flat baru yang akan dibina di Woodlands Street 13 dengan pajakan baru 99 tahun pada harga bersubsidi, menurut Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dalam kenyataan bersama itu.



Memberi perincian mengenai rancangan penambahbaikan itu, Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) berkata langkah untuk menambahbaik Pusat Pemeriksaan Woodlands antara lain bertujuan untuk meningkatkan pelepasan untuk semua jenis kenderaan, termasuk kereta.



Sebelum ini, penambahbaikan yang dirancang ini hanya bagi pelepasan kenderaan kargo dan motosikal seperti yang diumumkan pada 2017.



Dalam satu taklimat kepada media, Timbalan Pesuruhjaya ICA Hsu Sin Yun berkata: 



"Matlamat utama penambahbaikan Pusat Pemeriksaan Woodlands ini adalah untuk mengurangkan masa pelepasan semasa waktu sibuk daripada 60 minit kepada 15 minit, sambil mengambil kira peningkatan trafik yang kami ramalkan di masa hadapan di Pusat Pemeriksaan Woodlands.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >