Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pusat reka semula kerja baru bagi bangun keupayaan tenaga kerja

Pusat sehenti lengkapi perusahaan dengan keupayaan mulakan perniagaan, transformasi tenaga kerja melalui reka semula kerja
Nov 15, 2023 | 05:21 PM



Pusat Kecemerlangan Reka Semula Kerja (JRCoE) baru Agensi Tenaga Kerja Singapura (WSG) dilancarkan Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng, pada Rabu.

Ia bertujuan berfungsi sebagai pusat sehenti untuk melengkapkan perusahaan dengan keupayaan memulakan perniagaan dan perjalanan transformasi tenaga kerja mereka melalui reka semula kerja.

Pusat itu akan diuruskan oleh Institut Karyawan Sumber Manusia (IHRP) dan berhasrat memanfaatkan kepakaran karyawan HR dan membangunkan sumber seperti buku panduan serta menganjurkan bengkel pembangunan keupayaan.

Dr Tan mengumumkan pelancaran JRCoE dalam ucapannya semasa Forum People Behind People di Pusat Konvensyen Sands pada Rabu.


“Reka semula kerja akan diperlukan untuk memastikan teknologi digunakan dengan berkesan, dengan tugas dan peranan diselaraskan agar sesuai dengan persekitaran kerja yang berubah dengan cara yang tepat.

“Adalah penting untuk mengoptimumkan potensi manusia mana-mana pertubuhan, untuk memenuhi keperluan aspirasi pekerja yang semakin meningkat, meningkatkan pengekalan bakat pekerja secara keseluruhan dan meneruskan galakan dan pelibatan positif,” kata Dr Tan.

Setakat ini, 21 persatuan dan dewan perdagangan mewakili 14 sektor industri telah menyatakan sokongan mereka terhadap JRCoE.

Pusat itu akan dibimbing oleh panel pakar terdiri daripada rakan kongsi tiga pihak, ahli akademik dan karyawan yang diiktiraf industri daripada HR, undang-undang serta masyarakat perniagaan.

Ketua Eksekutif WSG, Cik Dilys Boey, berkata: “JRCoE, yang dilancarkan oleh WSG dengan kerjasama IHRP, sejajar dengan komitmen pemerintah untuk meningkatkan pekerjaan setiap pekerja.

“JRCoE akan menjadi batu loncatan bagi perusahaan memulakan perjalanan mereka untuk bentuk semula kerja mereka dan bagi masyarakat HR mengetuai tanggungjawab dalam reka semula kerja bagi organisasi mereka.

“Melalui reka semula kerja, perusahaan boleh menjadikan pekerjaan lebih produktif dan juga membina daya tahan pekerjaan pekerja demi membantu mereka kekal relevan sambil meningkatkan kesihatan kerjaya mereka secara keseluruhan.”

Forum People Behind People tahun ini berusaha membantu perniagaan dan HR menyesuaikan diri dengan pemodelan perniagaan dan mempercepat kejayaan perniagaan mereka yang dikuasakan oleh amalan modal insan progresif.


Diadakan buat kali keempat, forum tersebut dihadiri 600 peserta terdiri daripada pemimpin perniagaan, ketua pegawai sumber manusia dan pengamal HR daripada pelbagai sektor, seperti hospitaliti, telekomunikasi dan lain-lain, daripada lebih 80 syarikat.

Dalam pada itu, Dr Tan juga mengumumkan semasa forum tersebut bahawa Kementerian Tenaga Manusia (MOM) telah memulakan inisiatif Perikatan Untuk Bertindak (AfA) mengenai Meluaskan Akses kepada Bakat.

AfA itu akan mengenal pasti cabaran tarikan dan pengekalan bakat dan bekerjasama untuk mencipta penyelesaian bersama bagi membantu majikan mendapatkan bakat dengan set kemahiran yang boleh dipindah serta membangunkan kumpulan bakat dalaman mereka sendiri.

Dr Tan berkata sebagai permulaan, AfA itu akan memberi tumpuan pada sektor pembuatan, teknologi komunikasi maklumat serta runcit.

Ia akan bekerjasama dengan pihak berkepentingan utama, seperti IHRP, Persekutuan Pembuatan Singapura, SGTech dan Persatuan Peruncit Singapura, untuk berbuat demikian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >