Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pusat Tekka dibuka semula lepas pembaikan

Sep 30, 2023 | 06:29 PM



Selepas menjalani pembaikan dan hiasan semula selama tiga bulan, Pusat Tekka membuka semula pintunya kepada orang ramai hari ini.

Majlis pembukaan semula pusat itu diadakan pada Sabtu dan ia dirasmikan oleh Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan merangkap Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), Encik Alvin Tan.

Beliau, yang juga Anggota Parlimen (AP) GRC Tanjong Pagar, berkata Pusat Tekka antara pusat penjaja terbesar dan tertua di Singapura dan beliau teruja melihat banyak penambahbaikan dilakukan pada pusat itu.

Ini termasuk menukar lantai, tandas, meja, kerusi, lampu, dan kipas angin.

“Kami turut membuat perubahan pada infrastruktur di sekitar Pusat Tekka, seperti mengadakan tempat merokok baru, muka bangunan baru, serta ruang memunggah baru yang membolehkan kenderaan tidak menghalang trafik di Buffalo Road,” kata Encik Tan.

Kerja pembaikan dan hiasan yang bermula pada 3 Julai itu juga termasuk penggantian paip pembetung di tempat letak kereta di besmen.

Mengenai penggantian paip Encik Tan berkata: “Pusat Tekka adalah bangunan lama dan oleh itu, akan terdapat beberapa isu berkaitan struktur, seperti yang terdapat di tempat letak kereta.

“Oleh itu, kami telah menukar paip dan konkrit (di tempat letak kereta) supaya pengunjung boleh meletak kereta di sana dengan mudah.”

Menurutnya, pembaikan dan hiasan Pusat Tekka berdasarkan maklum balas penduduk dan penjaja di kawasan itu.

Maklum balas yang diterima sungguh konsisten. Antaranya ialah saranan menjadikan Pusat Tekka lebih bersih dan mesra keluarga.

“Justeru, kami memutuskan mengadakan kawasan lapang seperti ini supaya penjaja dan penduduk di kawasan ini dapat berkumpul dan mengadakan majlis.

“Penjaja dan penduduk juga mahukan tempat ini kekal bersih dan oleh itu, kempen ‘Keep Tekka Clean’ amat penting,” ujarnya.

Encik Tan juga mengulas tentang inflasi, dan berkata sokongan yang menjadi sebahagian daripada Pakej Bantuan Kos Sara Hidup akan membantu penduduk menghadapi harga makanan dan minuman yang lebih tinggi.

Pakej itu diumum oleh Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, pada Khamis dan termasuk sokongan seperti wang tunai daripada Pakej Jaminan (AP) dan baucar Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >