Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HARI ORANG TUA ANTARABANGSA

Pusat Warga Emas dan FastJobs lancar semula laman web permudah usaha warga emas cari kerja

Oct 02, 2020 | 05:30 AM



PUSAT Warga Emas (CFS) telah bekerjasama dengan FastJobs, portal pekerjaan aplikasi mudah alih, bagi memudahkan golongan 'senior' mencari pekerjaan.



Dua pertubuhan itu telah melancarkan semula laman web yang dipertingkat dengan fungsi mengirim resume dan melancarkan gerakan #SeniorsWelcome.



Ini bagi memperbaiki proses pemadanan kerja bagi pekerja matang, menurut kenyataan bersama CFS dan FastJobs semalam.



Menerusi kerjasama itu, CFSmelancarkan semula portal SilverJobs bagi membolehkan warga emas mencari pekerjaan dan menghantar resume.



CFS juga memperkenalkan Silver Skills, membolehkan warga emas untuk menyenaraikan pengalaman pekerjaan dan kepakaran supaya majikan boleh mengambil warga emas bekerja berdasarkan keperluan pekerjaan, dan bukan profil umur.



CFS juga mendapatkan sokongan WSG mengenai skim pembiayaan untuk Menguji, Melatih dan Menempatkan warga emas dalam kerjaya baru tertentu yang akan membolehkan mereka menyesuaikan diri dan menjalani latihan.



Warga emas yang ingin mendapatkan kemahiran baru juga boleh memanfaatkan portal SilverJobs bagi mendapatkan senarai peluang latihan yang relevan.



FastJobs adalah anak syarikat Singapore Press Holdings (SPH).



Sehubungan dengan FastJobs juga mengadakan kempen yang mengajak majikan meletakkan tanda pagar #SeniorsWelcome bagi pekerjaan yang mereka senaraikan di FastJobs jika mereka terbuka mengambil pekerja matang.



Sejak kempen bermula 15 Julai lalu, lebih daripada 469 pekerjaan daripada 171 majikan telah diketengahkan, meliputi sektor popular seperti makanan dan minuman (F&B) dan perhotelan.



Sementara itu, dalam pelancaran kerjasama itu yang diadakan secara maya, Penolong Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan Anggota Parlimen SMC Pioneer, Encik Patrick Tay, berkata:



"Di tengah-tengah kemelesetan ekonomi dan masa depan tidak menentu, inisiatif dan kerjasama sebegini akan menjadi sangat penting untuk menyokong dan berdiri di samping warga emas yang mencari pekerjaa.



"Saya menggesa majikan dan perniagaan yang sedang mengambil pekerja untuk meraih manfaat daripada wadah ini dan memberi warga emas serta pekerja matang peluang pekerjaan sedang mereka membawa bersama kepakaran dan pengalaman sendiri."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >