Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Rahayu: Aspirasi wanita untuk jadi usahawan akan dibantu

Oct 20, 2022 | 05:30 AM



LEBIH banyak usaha akan dilakukan di Singapura untuk menyokong aspirasi wanita termasuk menjadi usahawan, kata Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-Undang), Cik Rahayu Mahzam.



Antara lain ialah menyediakan tempat kerja yang progresif dan mesra keluarga, selain memberi peluang kepada wanita untuk mempertingkat kemahiran agar mereka dapat kembali menyertai tenaga kerja.



Berucap kepada lebih 50 peserta yang hadir bagi acara DEWIDigi 2022 pada hari pertama Konvensyen Perniagaan Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) di Akademi PSB, Cik Rahayu memberi jaminan bahawa pemerintah komited untuk mempromosikan peluang saksama di tempat kerja bagi kaum lelaki dan wanita.



Ini merupakan sebahagian daripada Kertas Putih mengenai Pembangunan Wanita Singapura yang antaranya melibatkan kerjasama dengan majikan serta kesatuan untuk memperkenalkan perundangan keadilan tempat kerja baru serta mengukuhkan aturan kerja fleksibel sebagai norma di tempat kerja.



Kertas putih itu juga melibatkan geran dipertingkat untuk membantu keluarga menjaga orang tersayang mereka yang kurang upaya.



"Sebagai wanita, kita selalunya memainkan beberapa peranan - usahawan, majikan dan pekerja, dan penjaga. Penjaga merupakan tunggak keluarga, dan keluarga merupakan asas masyarakat," jelasnya.



Justeru, menyediakan tempat kerja yang progresif dan mesra keluarga supaya kedua-dua lelaki dan wanita dapat mengimbangi tanggungjawab menjaga dan kerja dengan lebih baik adalah penting.



Namun, menyediakan peluang pementoran dan meningkat kemahiran juga penting untuk membolehkan wanita agar dapat kembali ke tenaga kerja.



Berhubung hal ini, Cik Rahayu berkata rakan masyarakat seperti NTUC U Women and Family sedang meluaskan program pementoran masyarakatnya untuk membolehkan wanita agar melakukan demikian.



Menggulung ucapannya, beliau berkata: "Melebihi eksosistem sokongan, memperkasa wanita untuk mencapai aspirasi mereka memerlukan kerjasama pada setiap tahap bagi fasa kemajuan seterusnya.



"Kita semua mempunyai peranan untuk main dalam membawa kepada perubahan minda ke arah budaya yang menghormati.



"Dalam setiap peranan yang dimainkan kita dan setiap lingkaran pengaruh yang kita terlibat dalam, kita boleh melepaskan diri daripada stereotaip jantina yang tradisional dan memecahkan siling gelas yang menghalang kita daripada memangkinkan potensi wanita."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >