Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

REAKSI UCAPAN MENTERI MASAGOS DI PERJUMPAAN HARI RAYA MENTERI

Rahayu: Manfaatkan wadah M³ pertingkat kesihatan

Apr 30, 2023 | 05:30 AM



LEBIH banyak usaha boleh dijalankan untuk melibatkan masyarakat Melayu dari sudut kesihatan, dan wadah M Kuasa Tiga (M³) dapat dimanfaatkan bagi tujuan itu.



Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-Undang), Cik Rahayu Mahzam, berkata demikian ketika mengulas ucapan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, di Perjumpaan Hari Raya Menteri pada Jumaat.



"Kini dengan wadah M³ dan bidang tumpuan kelima, saya fikir ia membolehkan kita mengukuhkan lagi usaha mendekati masyarakat dengan lebih baik.



"Saya harap ia dapat membolehkan kita membangunkan program dan inisiatif lebih baik, serta mewujudkan budaya kesihatan dalam masyarakat kita," kata beliau.



"Kami harap dapat memperkuat lagi usaha kami dalam menjangkau masyarakat Melayu/ Islam dan memberi kesedaran tentang kepentingan kesihatan dan ini juga sejajar dengan program pada peringkat nasional, iaitu SG Lebih Sihat," tambahnya.



Dalam ucapannya, Encik Masagos turut menyentuh tentang kemajuan kesihatan masyarakat Melayu, termasuk bilangan yang menghidap kolesterol darah tinggi kian berkurangan dan lebih ramai wanita Melayu menjalani pemeriksaan barah buah dada.



Encik Masagos berkata beliau gembira agensi M³ giat bekerjasama dengan Lembaga Penggalak Kesihatan (HPB) untuk memperkenal usaha tertumpu bagi menggalak masyarakat menjaga kesihatan mereka.



Selain itu, program rintis Saham Kesihatan di M³@Bandar Jurong and Tampines mendapat sambutan baik dan akan diluaskan ke 11 bandar.



Mengulas, Cik Rahayu berkata beliau mahu melihat bagaimana M³@Bandar dapat dimanfaatkan sebagai landasan bagi mengadakan program atau inisiatif khusus bagi masyarakat dan demografik bandar itu.



Beliau akan bekerjasama dengan Anggota Parlimen (AP) GRC Jalan Besar, Dr Wan Rizal Wan Zakariah, dan AP GRC Ang Mo Kio, Cik Nadia Samdin, dalam hal tersebut.



Dr Wan Rizal memberitahu Berita Minggu beliau berharap masyarakat dapat memahami bahawa menjaga kesihatan penting bukan secara jasmani sahaja bahkan mental.



"Menerusi kesihatan yang baiklah kita boleh menyumbang kepada masyarakat kita. Dengan penglibatan saya dalam Saham Kesihatan, saya ingin beri tumpuan pada kesihatan fizikal dan mental dan saya rasa kedua-duanya selari.



Cik Nadia pula berkata: "Sebagai seorang AP yang menjaga kawasan undi yang ada ramai warga emas, saya dapat lihat kesan negatif apabila mereka kurang sihat dan kesan ini bukan pada diri mereka sendiri sahaja, malah keluarga mereka.



"Saya harap lebih ramai akan mendapatkan pemeriksaan awal agar kita dapat cegah perkara-perkara ini. Saya juga harap lebih ramai wanita yang sibuk bekerja, sibuk menjaga keluarga mereka, dapat mementingkan kesihatan mereka.



"Mereka boleh melibatkan diri dalam aktiviti kesihatan di bawah M³ dan mengamalkan kehidupan harian lebih sihat."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >