Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Rahayu: MOH tumpu tiga bidang bagi pertingkat jagaan akhir hayat

May 10, 2023 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) akan memberi tumpuan pada tiga bidang kerja untuk mempertingkat penjagaan akhir hayat.



Tiga bidang itu ialah mempertingkat penjagaan paliatif, menyokong pemberi jagaan dengan lebih baik, dan membiasakan perbualan mengenai kematian.



Berucap demikian di Parlimen pada Selasa, Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-Undang), Cik Rahayu Mahzam, berkata dengan penduduk semakin menua, lebih ramai akan memerlukan penjagaan paliatif.



Lantas, MOH, akan melabur dalam meluaskan perkhidmatan dan menyemak rangka kerja kewangan untuk memperbaiki akses kepada penjagaan paliatif.



"Kami telah meluaskan kapasiti saban tahun.



"Kami akan latih lebih ramai doktor, jururawat dan ahli profesional kesihatan bersekutu (AHP) dalam penjagaan paliatif khusus, terutamanya dalam penjagaan rumah.



"Kami juga akan memperuntuk katil paliatif dalam pembangunan hospital masyarakat akan datang untuk memenuhi permintaan yang bertambah," katanya.



Awal dari itu di Parlimen pada Selasa, itu Cik Ng Ling Ling (GRC Ang Mo Kio) dan Encik Yip Hon Weng (Yio Chu Kang) membentangkan tentang isu penjagaan akhir hayat - satu topik sensitif untuk dibincangkan namun penting dan akan menjejas setiap seorang, ujar mereka.



Realiti di Singapura, meskipun terdapat pilihan jelas untuk menerima penjagaan akhir hayat dan meninggal dunia di rumah, hanya seorang daripada setiap empat orang meninggal dunia di rumah sepanjang beberapa tahun lalu, kata Cik Rahayu.



Menyentuh tentang menyokong pemberi jagaan, Cik Rahayu berkata MOH telah meluaskan langkah menyokong pemberi jagaan melalui perjalanan mencabar itu.



Ini termasuk menyediakan jagaan sementara, melengkapi pemberi jagaan dengan kemahiran dan pengetahuan memberi jagaan, serta sokongan kewangan menerusi beberapa skim sokongan.



Membiasakan perbualan mengenai kematian merupakan satu lagi perkara yang perlu diberi perhatian, ujar Cik Rahayu.



"Kita perlu bertanggungjawab ke atas perjalanan akhir hayat diri kita sendiri - untuk berbincang secara terbuka dengan orang tersayang mengenai apa yang penting kepada kita, apakah makna mutu kehidupan, dan bagaimana kita ingin menghabiskan sisa-sisa hari terakhir kita," kata beliau.




"Kita perlu bertanggungjawab ke atas perjalanan akhir hayat diri kita sendiri - untuk berbincang secara terbuka dengan orang tersayang mengenai apa yang penting kepada kita, apakah makna mutu kehidupan, dan bagaimana kita ingin menghabiskan sisa-sisa hari terakhir kita."
- Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-Undang), Cik Rahayu Mahzam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >