Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PELANCARAN BULAN BAHASA

Rahayu: Perlu usaha menyeluruh galak guna bahasa Melayu

Trend dwibahasa tidak bermakna bahasa Melayu kurang digunakan
Sep 05, 2021 | 05:30 AM



TERDAPAT keperluan untuk usaha seluruh masyarakat dalam mempromosikan penggunaan dan pembelajaran bahasa Melayu.



Meskipun terdapat lebih ramai keluarga yang mungkin menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama di rumah, ini tidak bermakna penggunaan bahasa Melayu tidak digunakan sama sekali.



Demikian antara perkara yang disampaikan dalam perbincangan antara Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing bersama Pengerusi Majlis Bahasa Melayu Singapura, Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim dan Pengerusi Jawatankuasa Bulan Bahasa, Cik Rahayu Mahzam, sewaktu pelancaran Majlis Pelancaran Bulan Bahasa ditayangkan di saluran Mediacorp Suria malam tadi.



Menyentuh tentang hasil pencarian Banci Penduduk 2021 yang diterbitkan pada Jun lalu, Cik Rahayu yang juga Setiausaha Parlimen (Kesihatan merangkap Perhubungan dan Penerangan), berkata:



"Kami akur bahawa lebih banyak keluarga kini menggunakan bahasa Inggeris di rumah. Namun, pemerhatian ini bukan bermaksud bahasa Melayu tidak digunakan sama sekali. Malah, ramai keluarga Melayu masih cekap berdwibahasa dan kami berharap trend ini akan dapat dikembangkan.



"Dengan sokongan rakan kerjasama kami, kami akan berusaha ke arah sebuah komuniti yang menyedari nilai dalam penggunaan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian."



Memetik pandangan Dr Faishal dalam rencananya di akhbar Berita Harian (BH) semalam, beliau berkata "perubahan pada amalan berbahasa sememangnya berlaku dalam persekitaran bahasa yang dinamik".



"Bahasa Melayu tetap digunakan dengan baik dan dijadikan sebahagian daripada amalan harian keluarga di Singapura, sejajar dengan perkembangan masyarakat Melayu yang semakin selesa berdwibahasa," kata Dr Faishal yang juga merupakan Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara).



Majlis Pelancaran Bulan Bahasa sekali lagi disiarkan di kaca televisyen setempat buat tahun kedua berturut-turut.



Bagi memeriahkan lagi majlis tersebut, terdapat juga persembahan oleh Duta-duta Bahasa lama dan baru seperti Ramli Sarip, Hyrul Anuar, Dr Noramin Farid dan Marina Yusoff serta Rakan-rakan Bahasa, rakan kerjasama dan ramai lagi.



Khas tahun ini, pelancaran Bulan Bahasa 2021 turut menampilkan suara-suara anggota masyarakat yang disatukan untuk membentuk sebuah koir maya.



Ditayangkan pada penghujung rancangan semalam, koir maya itu mempamerkan keghairahan dan sokongan yang diberikan terhadap lagu Bulan Bahasa, Bahasa Menjunjung Budaya, yang telah diubah suai untuk tahun ini.



Dengan mengekalkan tema Cita. Citra. Cinta. Bahasa Kita, kempen Bulan Bahasa tahun ini yang bakal berlangsung dari 14 Ogos hingga 10 Oktober, juga kembali sebagai sambutan secara maya



Ia bakal memuatkan program yang akan dikendalikan menerusi wadah seperti Zoom dan media sosial seperti Facebook.



Antara kegiatan yang akan ditawarkan ialah Bengkel Bayang Boneka oleh Bayang Troupe. Dalam bengkel itu, ibu bapa dan anak-anak dapat bersama mempelajari cara membuat wayang kulit dan berpeluang mempersembahkan cerita mereka sendiri sebagai satu keluarga.



Mengongsi harapannya untuk kempen tahun ini, Dr Faishal berkata:



"Acara Bulan Bahasa dan inisiatif Rakan Bahasa dalam talian, diharapkan dapat meluaskan lagi jangkauan kepada pengguna digital muda kita.



"Seiringan dengan itu, ketampakan Duta Bahasa di media sosial yang dipertingkat boleh menyokong usaha menggalakkan penggunaan bahasa dalam kalangan generasi muda yang lebih mesra digital."




"Kami akur bahawa lebih banyak keluarga kini menggunakan bahasa Inggeris di rumah. Namun, pemerhatian ini bukan bermaksud bahasa Melayu tidak digunakan sama sekali. Malah, ramai keluarga Melayu masih cekap berdwibahasa dan kami berharap trend ini akan dapat dikembangkan. Dengan sokongan rakan kerjasama kami, kami akan berusaha ke arah sebuah komuniti yang menyedari nilai dalam penggunaan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian."
- Pengerusi Jawatankuasa Bulan Bahasa, Cik Rahayu Mahzam, yang juga Setiausaha Parlimen (Kesihatan merangkap Perhubungan dan Penerangan).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >