Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: KESIHATAN

Rahayu sibuk masak demi kongsi sajian sihat

Usaha dan biaya sendiri siri video #RahayuMasak bagi Instagram dan TikTok sepanjang Ramadan untuk galak masyarakat Melayu/Islam amalkan pemakanan sihat
Apr 18, 2023 | 05:30 AM



SELAMA tiga hari berturut-turut dan empat jam setiap hari sebelum Ramadan, dapur rumah beliau bak dapur kedai makan dan lokasi penggambaran - penuh dengan bahan masakan dan kru serta kamera.



Beliau pula terpaksa mengambil arahan daripada jurukamera dan emak beliau sendiri.



Kucar-kacir yang dialami Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-undang), Cik Rahayu Mahzam, itu sebahagian daripada usaha peribadinya menggalak masyarakat Melayu/Islam mengamalkan pemakanan sihat menerusi 30 resipi makanan lebih sihat yang dikongsinya dalam siri video #RahayuMasak di Instagram dan TikTok sepanjang Ramadan.



Tanpa menggunakan sebarang dana luar atau bantuan agensi kesihatan dibawah jagaannya, beliau membiayai kos penerbitan dan mengambil pendekatan hands-on, atau amali, untuk menghasilkan siri video itu.



Malah, sejak 2022 Cik Rahayu memuat naik beberapa video di Instagram dan TikTok di bawah hashtag #RahayuMasak di mana beliau berkongsi cara memasak makanan lebih sihat.



Pada 2023, sebanyak 30 resipi beraneka masakan merangkumi sajian tradisional dan Barat serta minuman hipster, atau unik dan kreatif, seperti mi rebus, aglio olio dan air tembikai spritz, dipaparkan.



Setiap hari, sebuah video resipi baru dimuat naik melalui Instagram dan TikToknya.



"Saya memang suka menonton video memasak dan seperti ramai orang luar di sana, saya juga mempunyai cabaran setiap hari dengan jadual harian yang amat sibuk untuk masak sendiri di rumah.



"Jadi bila saya mulakan siri ini pada 2022, niat saya hanya sekadar berkongsi cara-cara mudah memilih dan memasak makanan lebih sihat, daripada cara kita memilih bahan makanan atau sos hingga ke cara kita masak," kata Cik Rahayu semasa ditemui Berita Harian dan berkongsi apa yang mendorongnya menyediakan resipi -resipi itu.



Beliau berkata tiga faktor adalah penting dalam memilih resipi yang sesuai untuk dikongsinya, iaitu penggunaan bahan lebih sihat, kemudahan atau kesesuaian bagi pengikutnya mencuba di rumah, dan cara persiapan lebih sihat tanpa menjejas mutu makanan kegemaran ramai.



"Pada mulanya kami terpaksa membuang beberapa idea resipi kerana cara persiapannya amat rumit ataupun cara memasaknya kurang sihat.



"Pokoknya, cara memasak haruslah mudah. Pada masa sama, saya ingin orang ramai terus menikmati makanan atau minuman kegemaran mereka tanpa berasa serba salah atau sesal, dengan mengambil pendekatan lebih sihat dalam persiapan," tambahnya.



Contoh cara mudah mengubah resipi kepada yang lebih sihat tanpa menjejas rasa asal sesuatu makanan itu termasuk menambah sayur-sayuran, menggunakan air-fry, atau penggoreng kering, selain menggoreng di dalam minyak yang banyak, menggunakan garam rendah sodium, menggunakan sos lebih sihat, dan memilih mi mil penuh (wholemeal noodles).



Semasa penggambaran, beliau terpaksa menyediakan bahan dan memasak lima hingga 10 hidangan dalam masa empat jam setiap hari, memandangkan jadual harian dan tugasan lain yang terpaksa beliau laksana.



Namun, penat lelah Cik Rahayu berbaloi apabila beberapa pengikutnya di Instagram dan TikTok, termasuk penduduknya di Bukit Batok East, berkata mereka telah cuba resipi nya



"Saya terperanjat kerana ramai sudah cuba resipi yang saya kongsi, dan saya gembira kerana mereka juga berkongsi bahawa cara memasaknya amat mudah untuk mereka buat di rumah.



"Saya harap menerusi siri video #RahayuMasak ini, lebih ramai anggota masyarakat kita, khususnya yang sibuk bekerja setiap hari, dapat mengamalkan pemakanan sihat yang amat mudah dibuat di rumah," ujar Cik Rahayu.




SAJIAN SIHAT CIK RAHAYU MAHZAM BAGI RAMADAN 2023:



1. Mi Rebus



2. Mi Hong Kong



3. Mi Bakso



4. Mi Bandung



5. Rojak Buah



6. Asam Rebus Nenas



7. Sambal Udang Petai



8. Udang Black Pepper



9. Petai & Ikan Bilis



10. Mi Udang



11. Mi Kari



12. Piza Sayur



13. Aglio Olio



14. Bubur Kacang



15. Burger



16. Meatball Spaghetti



17. Watermelon Spritz



18. Sweet & Sour Soup



19. Pear & Fungus Dessert



20. Lauk Kicap Ayam



21. Ribena Mint Spritz



22. Sup Ketola



23. Mixed Fruit Tea



24. Chicken Kungpao



25. Fruity Coconut Water



26. Sup Fishball



27. Korean Pancake



28. Pengat Pisang



29. Gado-Gado



30. Lontong Goreng




"Pokoknya, cara memasak haruslah mudah. Pada masa sama, saya ingin orang ramai terus menikmati makanan atau minuman kegemaran mereka tanpa berasa serba salah atau sesal, dengan mengambil pendekatan lebih sihat dalam persiapan."



- Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-undang), Cik Rahayu Mahzam, mengenai pendekatannya dalam berkongsi resipi di siri video #RahayuMasak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >