Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rahimah Rahim ajak warga emas segera divaksin

Sep 02, 2021 | 05:30 AM



USAHA Singapura menggalak lebih ramai warga tua mendapatkan vaksinasi Covid-19 kini menerima rangsangan baru, dengan beberapa artis tempatan mapan meminjamkan suara untuk menggesa warga usia seangkatan berbuat demikian.



Penyanyi bertaraf legenda Rahimah Rahim, 65 tahun, antara artis yang terlibat untuk menjayakan versi Melayu video berjudul "Sudah Divaksinasi?" itu.



Video serupa juga diterbitkan dalam bahasa Tamil, Mandarin dan dialek Hokkien, Teochew dan Kantonis.



Pengarah Jabatan Kempen dan Penerbitan, Divisyen Perhubungan Awam di Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) Cik Soffy Hariyanti, berkata video muzik ini diharap dapat menggalak lebih ramai warga tua mendapatkan suntikan vaksin.



Buat masa ini, 80 peratus penduduk di sini telah divaksin sepenuhnya.



Namun, bilangan warga emas yang belum divaksin mencetus keprihatinan kerana golongan ini berisiko lebih tinggi mendapat penyakit teruk jika dijangkiti Covid-19.



Sehingga 31 Ogos, 13 peratus warga tua berusia 70 tahun dan ke atas belum divaksin.



Sebanyak 84 peratus telah divaksin sepenuhnya, sementara 87 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.



Bagi warga tua berusia antara 60 tahun dengan 69 tahun pula, 8 peratus belum divaksin.



Sebanyak 90 peratus telah divaksin sepenuhnya, dengan 92 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos.



Singapura telah mempertingkat usaha memudahkan warga tua mendapatkan vaksinasi.



Antara lain, Menteri Kesihatan Ong Ye Kung mengumumkan baru-baru ini bilangan pasukan vaksinasi dari rumah ke rumah sedang ditambah.




Laporan lanjut: 'Sudah Divaksinasi?' tampil artis veteran berbilang bangsa




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >