Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SKUASY

‘Rahsia’ jaguh suami isteri Mesir juarai Perseorangan Terbuka Manchester

Jul 02, 2023 | 05:30 AM



MANCHESTER: Mereka merupakan pasangan hebat dalam dunia sukan skuasy, dan pemain nombor satu dunia yang pernah jadi juara dunia empat kali.


Ali Farag berkata pencapaian isterinya, Nour El Tayeb, di luar gelanggang kadangkala membuatnya serba salah untuk tidak memberikan 110 peratus dalam permainannya.

Pada Mei, pasangan Mesir itu memenangi kejuaraan perseorangan Terbuka Manchester – enam tahun selepas kali akhir mereka memenangi acara kategori serupa secara bersama dalam Terbuka Amerika.

Sepanjang tempoh itu, pasangan tersebut menyambut kelahiran anak mereka, Farida, yang lahir pada Julai 2021.

Bercakap kepada media, Ali mendedahkan bahawa beliau tidak dapat bersaing di peringkat tinggi tanpa kasih sayang dan sokongan keluarganya.

“Saya sudah berkahwin dengan rakan atlet, dan beliau seseorang yang memberi inspirasi kepada saya setiap hari,” katanya.

“Beliau kembali bermain dengan pantas selepas melahirkan anak dan hanya dapat tidur dua, tiga jam sebelum bayi terbangun – dan beliau kemudian akan ke gimnasium dan ke gelanggang skuasy.

“Ia membuat seseorang rasa malu sekiranya tidak memberikan usaha 110 peratus. Sudah pasti saya banyak belajar daripada perwatakannya,” katanya.

Ali berkata kembalinya isteri beliau ke gelanggang skuasy merupakan bukti di sebalik profesionalisme beliau.

“Beliau sendiri tidak pasti sekiranya beliau akan kembali selepas melahirkan anak,” kata pemain berusia 31 tahun itu.

“Dua bulan kemudian, beliau rasakan yang beliau ingin kembali cergas. Maka beliau pun kembali ke gimnasium dan kemudian mengapa tidak kembali dan cuba bermain di gelanggang?

“Kemudian apabila di gelanggang, kenapa tidak cuba bermain semula? Dan sekiranya semua berjalan lancar... maka begitulah ia bermula.”

Hebatnya, Nour kembali ke ranking keenam dunia.

Ali telah bertarung dengan kecederaan dalam musim ini, menghabiskan empat bulan merawat masalah lutut.

Tanpa sokongan Nour, Ali berkata beliau mungkin akan “gantung raket” atau gagal meraih semula kedudukannya dalam ranking teratas dunia.

“Saya belum pernah menangani apa-apa seperti ini sebelum ini. Semasa cedera, anda hilang kepercayaan, anda menyoal diri sendiri sekiranya anda akan kembali buat penampilan,” kata Ali.

“Memandangkan beliau pernah cedera juga sebelum ini dan melalui kehamilan, beliau tekankan yang saya akan dapat atasinya.

“Isteri saya memang mengenali diri saya dan beliau kerap berikan saya keyakinan bahawa beliau akan kembali.”

Nour telah kembali ke gelanggang pada Disember 2021, kurang enam bulan selepas melahirkan anaknya, sebelum menang perlawanan pertamanya meskipun berhadapan cabaran menyusukan anak dan menukar lampin bayi.

Semasa memenangi kejuaraan perseorangan di Terbuka Manchester, Nour melahirkan keyakinan dengan apa yang sedang beliau lakukan.

“Saya telah mengubah latihan saya sepanjang empat hingga lima bulan sebelum ini dan saya telah diajar agar terus yakin dengan setiap mata yang dikutip dan memberikan diri sendiri pujian meskipun saya kehilangan mata.

“Semasa detik saya kehilangan banyak mata, saya percaya akan diri sendiri dan percaya dengan apa yang saya lakukan.”

Anaknya, Farida, kini seorang kanak-kanak yang riang dan Ali akan membawanya keliling dunia agar mudah untuk beliau dan isteri, tidak kira di dalam atau luar gelanggang.

“Ia meredakan tekanan yang dihadapi. Datuk neneknya memainkan peranan besar tetapi melihatkan beliau berjaya bermakna kami akan dapat melihat kembali dan sedar bahawa dirinya sendiri juga memainkan peranan penting di sebalik kejayaan tersebut,” kata Ali.

“Inilah memori yang akan kami hasilkan bersama. Sudah pasti ia mengukuhkan lagi hubungan antara kami kerana kami berkongsi satu sasaran.” – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >