Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Raih kecemerlangan setelah beralih dari politeknik ke maktab rendah

Feb 22, 2020 | 05:30 AM



SEDANG teman-temannya yang lain berasa gembira di politeknik, Syarifah Aneesa Mohammad Fyzee berasa sukar menyesuaikan diri di institut pengajian tinggi itu.



Pembelajaran yang begitu khusus dalam kursus seni bina yang diceburinya, begitu padat dan ada kalanya tergesa-gesa sekali gus membuatnya seakan terkapai-kapai untuk mengikuti setiap pelajaran dan tugasan yang diberikan guru.



Bekas pelajar Sekolah Menengah Gan Eng Seng ini pernah beberapa kali sukar tidur malam sehinggakan tahap kesihatannya terjejas.



"Saya minat dalam jurusan seni bina tetapi apabila saya menceburinya, saya dapati pengkhususan dan apa yang dipelajari, tidak sesuai dengan jiwa saya," ujarnya.



Tanpa menghabiskan tahun pertama di politeknik, anak tunggal ini mengambil langkah berani dan beralih sebaliknya ke maktab rendah pula.



Di Maktab Rendah Jurong Pioneer, Aneesa, 19 tahun, setahun lebih tua daripada teman-temannya sedarjahnya yang lain berkata memang bukan mudah membuat peralihan itu dan menyesuaikan diri semula dengan sekolah baru.



"Ada teman-teman politeknik saya yang menyatakan saya telah membuat keputusan yang salah.



"Teman di maktab rendah pula agak bimbang kerana mereka tahu tuntutan akademik amat mencabar di maktab rendah.



"Namun pada masa yang sama, mereka sering saling membantu. Guru seperti Cikgu Shalwa Mohamed Taib juga sering memberi motivasi agar saya tidak berputus asa," katanya.



Ternyata dorongan itu telah memberi suntikan keyakinan baru kepada anak muda berwawasan ini.



Beliau telah dipilih untuk mewakili sekolah dalam Piala Cendekiawan Dunia - sebuah pertandingan peringkat serantau dan antarabangsa, yang menguji kebijaksanaan pelajar dalam pengetahuan am.



Aneesa, antara lain, meraih pingat emas bagi subjek sejarah.



Beliau juga memegang peranan selaku pengarah dalam Kelab Interaksi di mana beliau bertanggungjawab untuk merancang aktiviti melakukan kerja-kerja kemasyarakatan bagi warga tua yang tinggal di rumah-rumah tumpangan.



Peluang dan bimbingan menyeluruh yang diterimanya di maktab rendah telah membantu bukan sahaja daripada pembangunan keperibadiannya tetapi juga pelajarannya.



Semalam, Aneesa - anak kepada pengurus dan suri rumah ini - berjaya meraih tiga kepujian, dengan antaranya gred A dalam Sastera Inggeris, Sejarah dan Pengetahuan Am.



Beliau berminat untuk melanjutkan pelajarannya ke Universiti Nasional Singapura (NUS) dalam bidang Sosiologi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >