Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PROGRAM FAITHFULLY ASEAN

Raikan kepelbagaian, saling kenali masyarakat berbeza

Sekumpulan 40 peserta dari sektor silang agama, sosial dan belia dari Asean telah berkumpul di sini untuk menghadiri program Faithfully Asean (FA22) dari kelmarin hingga hari ini. Diadakan buat kali keempat, FA22 disampaikan badan bukan pemerintah Humanity Matters dan disokong Yayasan Temasek. Ia disertai 230 tetamu setempat termasuk pegawai diplomatik dari Asean dan Asia serta pemimpin korporat, agama, masyarakat dan belia. Mereka saling tukar pandangan tentang usaha dipimpin masyarakat, pengalaman, cabaran dan amalan terbaik berhubung usaha pendekatan silang budaya dan agama, perpaduan serta daya ketahanan. Antaranya dialog bersama beberapa pemimpin agama pada hari pertama kelmarin. BERITA HARIAN menyorot isu diketengahkan.
Dec 22, 2022 | 05:30 AM



TAK kenal maka tak cinta.



Oleh itu, dalam meraikan kepelbagaian, Timbalan Mufti, Ustaz Dr Mohammad Hannan Hassan, menggalakkan masyarakat di sini supaya berasa yakin untuk saling mengenali masyarakat yang berbeza.



Menarik perhatian bahawa kepelbagaian antara keindahan dan tanda kebesaran Tuhan Maha Pencipta, Ustaz Hannan berkata ini bermakna segala usaha untuk menyatukan atau menjadikan semua orang sama adalah bercanggah dengan keinginan Allah swt.



Oleh itu, beliau berkata manusia harus mengenali antara satu sama lain.



"Kalau kita hanya duduk dalam kalangan kita saja, tak mendedahkan diri kita kepada dunia lain, orang lain dan kepelbagaian ini, ini yang menyebabkan kita kurang memahami.



"Tak kenal maka tak cinta, jadi langkah pertama untuk kita cinta ialah dengan mengenali. Kita mengenali bukan hanya dengan orang yang sama warna kulit dan sama bahasa dengan kita.



"Yang dimaksudkan di sini ialah Allah swt perintahkan kita mengenali orang lain, yang lain daripada kita, itu tujuan ciptaan kepelbagaian," ujar beliau.



Ustaz Hannan merupakan antara panelis sesi dialog bertemakan 'Sifat Inklusif dan Idealisme' (Inclusivity and Idealism) semasa acara pembukaan program Faithfully Asean (FA22) di Hotel Furama RiverFront kelmarin.



Ketika ditemui di akhir sesi dialog tersebut, beliau berkata orang ramai juga perlu berani dan yakin mengenali masyarakat lain secara langsung dan bukan sekadar menerusi sumber kedua seperti menerusi teks yang dibaca tentang masyarakat tersebut.



"Dengan itu, kita dapat mengenali orang lain dan orang lain pun dapat mengenali kita.



"Alhamdulillah di Singapura kita ada banyak peluang untuk melakukan demikian - di kawasan perumahan kita, di sekolah, tepi jalan, di mana-mana ada kepelbagaian," katanya.



Malah di peringkat serantau juga, beliau berkata terdapat banyak peluang dan wadah untuk melakukan demikian.



Program Faithfully Asean yang disampaikan Humanity Matters dengan sokongan Yayasan Temasek misalnya merupakan wadah di mana anak muda daripada pelbagai agama dan latar belakang dari negara Asean dapat berkumpul.



Dengan teknologi yang serba maju sekarang, Ustaz Hannan berkata adalah mudah untuk mereka saling menghubungi dan tiada alasan untuk tidak mengenali masyarakat lain, bahkan dari luar negara juga.



Dalam dialog itu, Ustaz Hannan turut disertai Dekan Pusat Latihan Kemuridan, Dr Lim K. Tham; Anggota Sepanjang Hayat Pertubuhan Antara Agama (IRO), Cik Joginder Kaur; dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Endowmen Hindu (HEB), Encik Raja Segar; serta Penasihat Khas Humanity Matters, Encik Hassan Ahmad, selaku moderator.



Dr Lim berkata beliau bersyukur terdapat banyak galakan oleh pihak berkuasa dan pemimpin agama di Singapura untuk sentiasa bertindak dengan bertanggungjawab sebagai sebahagian daripada masyarakat.



"Saranan saya ialah jangan bimbang tentang kebenaran atau kepalsuan tentang kemanusiaan.



"Apa yang lebih bermakna ialah untuk sentiasa terlibat supaya kita tidak terasing dan hidup seolah-olah kita sendiri... kerana jika kita terasing, kita tidak dapat memahami perspektif orang lain," ujarnya.



Bagi Cik Joginder, semua agama mengajar umat dan pengikutnya bahawa setiap orang itu sama kedudukannya.



"Dan kita semua merupakan sebahagian daripada sebuah keluarga kemanusiaan.



"Kalau setiap daripada kita dapat memberitahu ini kepada 10 orang... ini amat bermanfaat. Kita semua harus memainkan peranan untuk menjadi inklusif," ujarnya.



Akur dengan Cik Joginder, Encik Raja berkata terdapat tanggungjawab juga untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran orang ramai.



"Manusia tidak sempurna... jadi, janganlah kita terlalu pasti dengan apa yang kita tahu. Sebaliknya, kita perlu memahami satu sama lain serta perbezaan antara kita.



"Kepelbagaian wujud bagi kita mempertingkat diri kita. Jika kita semua sama, tiada apa untuk dibincangkan lagi," katanya.




"Kalau kita hanya duduk dalam kalangan kita saja, tak mendedahkan diri kita kepada dunia lain, orang lain dan kepelbagaian ini, ini yang menyebabkan kita kurang memahami.

Tak kenal maka tak cinta, jadi langkah pertama untuk kita cinta ialah dengan mengenali. Kita mengenali bukan hanya dengan orang yang sama warna kulit dan sama bahasa dengan kita.

Yang dimaksudkan di sini ialah Allah swt perintahkan kita mengenali orang lain, yang lain daripada kita, itu tujuan ciptaan kepelbagaian."

- Timbalan Mufti, Ustaz Dr Mohammad Hannan Hassan.




"Saranan saya ialah jangan bimbang tentang kebenaran atau kepalsuan tentang kemanusiaan.

Apa yang lebih bermakna ialah untuk sentiasa terlibat supaya kita tidak terasing dan hidup seolah-olah kita sendiri... kerana jika kita terasing, kita tidak dapat memahami perspektif orang lain."

- Dekan Pusat Latihan Kemuridan, Dr Lim K. Tham.




"Dan kita semua merupakan sebahagian daripada sebuah keluarga kemanusiaan.

Kalau setiap daripada kita dapat memberitahu ini kepada 10 orang... ini amat bermanfaat. Kita semua harus memainkan peranan untuk menjadi inklusif."

- Anggota Sepanjang Hayat Pertubuhan Antara Agama (IRO), Cik Joginder Kaur.




"Manusia tidak sempurna... jadi, janganlah kita terlalu pasti dengan apa yang kita tahu. Sebaliknya, kita perlu memahami satu sama lain serta perbezaan antara kita.

Kepelbagaian wujud bagi kita mempertingkat diri kita. Jika kita semua sama, tiada apa untuk dibincangkan lagi."

- Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Endowmen Hindu (HEB), Encik Raja Segar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >