Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

E-MEL DARI KL

Rakyat M'sia mungkin perlu tunggu lebih 100 tahun untuk tunai haji

Apr 26, 2022 | 05:30 AM



JEMAAH Malaysia mungkin perlu menunggu lebih 100 tahun sebelum dapat berangkat ke Tanah suci untuk mengerjakan ibadah haji.



Ramai seakan-akan baru tersentak oleh kejutan kenyataan ini, walaupun ia pernah dibayangkan pada pertengahan tahun lalu ketika pandemik Covid-19 sedang mengganas.



Waktu itu, implikasi langkah menutup kota suci Makkah kepada jemaah luar negara melakukan ibadah haji selama dua tahun kurang mendapat perhatian, kerana ramai sedang bergelut dengan jangkitan penyakit mengancam itu.



Tetapi baru-baru ini, apabila kerajaan Arab Saudi mengumumkan keputusan membenarkan hanya satu juta jemaah menunaikan haji tahun ini, ramai beransur-ansur sedar implikasi sebenar langkah itu.



Jumlah itu hanya satu pertiga daripada tiga juta jemaah yang biasanya dibenarkan sebelum wabak Covid 19 melanda dunia.



Langkah yang bertujuan mengawal penularan penyakit itu semasa musim haji akan membawa kesan bertali arus jangka panjang yang serius.



Ia bukan menjejas jemaah haji secara peribadi sahaja, malah perniagaan urusan haji, yang teruk dilanda kemelut Covid 19 sepanjang dua tahun lalu.



Dalam satu kenyataannya, Lembaga Tabung Haji Malaysia (TH) menjangka mereka yang baru mendaftar tahun lalu mungkin harus menunggu hingga 134 tahun.



Ini membuat ramai sahabat saya yang dalam senarai menunggu menjadi resah gelisah.



Mereka yang baru mendaftar semakin termenung panjang. Apatah lagi kerana terdapat 2.5 juta orang yang berdaftar menabung dengan Tabung Haji.



Setiap tahun, setiap negara diberi kuota jemaah haji bergantung pada saiz penduduk Islam negara itu. Umpamanya, Malaysia diberi kuota seramai 30,000 jemaah. Indonesia, dengan penduduk Islam, lebih ramai dibenarkan membawa 200,000 jemaah.



Satu lagi masalah yang perlu ditangani ialah kos tambang dan urusan haji yang terus bertambah.



Tabung Haji menjangka kos tahun ini akan meningkat kepada lebih RM25,000 ($7,900) setiap jemaah.



Ini adalah kerana peningkatan cukai dan caj perkhidmatan baru yang dikenakan kerajaan Arab Saudi.



Menurut Pengarah Eksekutif Haji TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, kos haji yang meningkat saban tahun disebabkan faktor inflasi di Arab Saudi, pergerakan mata wang asing, pengenalan caj dan cukai baru serta peningkatan mutu perkhidmatan di Makkah dan Madinah.



"TH menjangkakan kos ini akan terus meningkat pada masa hadapan, namun setakat ini TH masih meneruskan bantuan kewangan haji kepada semua jemaah yang mengerjakan haji buat kali pertama," kata beliau dalam satu sidang media baru-baru ini.



Mujur, Tabung Haji masih berupaya memberi subsidi dan mengekalkan kadar bayaran 13 tahun lalu, iaitu sekitar RM10,000 bagi jemaah kali pertama, walaupun kos meningkat setiap tahun.



Memang tidak dapat dinafikan masa menunggu hingga lebih 100 tahun adalah sesuatu yang sukar diterima akal.



Tetapi beberapa pegawai syarikat urusan haji yang dihubungi menasihatkan bakal jemaah haji supaya jangan patah semangat kerana banyak faktor mempengaruhi jangka waktu menunggu.



Umpamanya, sering jumlah kuota tahunan bertambah setelah membuat rayuan.



Senarai menunggu juga kerap berubah akibat jemaah yang meninggal dunia atau menolak tawaran.



Bagi golongan berkemampuan, masih ada ruang memohon visa khas melalui pakej swasta.



Harganya lebih tiga kali ganda lebih inggi daripada harga biasa hingga mencapai antara RM30,000 hingga RM50,000.



Malah ada juga pakej yang berharga hingga RM100,000.



Tetapi mungkin ini pilihan terbaik menyegerakan ibadah rukun Islam kelima dalam suasana kurang menentu sekarang ini.




► Penulis mantan wartawan Berita Harian dan kini menetap di Kuala Lumpur. Beliau penulis tamu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >