Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:32
Maghrib
7:20
Isyak
8:30
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rakyat S’pura rasa kurang terancam tentang perubahan iklim: Tinjauan

Oct 12, 2023 | 08:57 PM



Usaha pemerintah Singapura yang mengubah suai dan mengurangkan kesan perubahan iklim telah membuat rakyat Singapura berasa kurang terancam mengenai isu tersebut.

Demikian menurut satu tinjauan mengenai sikap orang ramai di 10 negara anggota Asean.

Tinjauan Ramalan Iklim Asia Tenggara 2023 terbaru itu yang melibatkan 2,225 responden mendapati rakyat Singapura, yang membentuk 12.5 peratus daripada jumlah responden, berasa kurang terancam dengan perubahan iklim pada 2023 berbanding 2021.

Kurang daripada separuh, atau 43.7 peratus responden rakyat Singapura melihat perubahan iklim sebagai “satu ancaman serius dan segera kepada kesejahteraan negara saya” – pilihan tahap mendesak tertinggi dalam tinjauan itu.

Respons tersebut adalah lebih rendah daripada keseluruhan 49.4 peratus responden dari 10 negara Asean yang berkata demikian.

Walaupun sentimen pada 2023 lebih tinggi sedikit berbanding 40.5 peratus pada 2022, peratusan rakyat Singapura dalam dua tahun lalu yang memiliki rasa mendesak terhadap isu perubahan iklim, adalah jauh lebih rendah berbanding 66.4 peratus pada 2021.

Respons tersebut masih lebih rendah daripada tahap keseluruhan Asean, iaitu 68.6 peratus pada 2021.

Rasa mendesak yang berkurangan itu mengejutkan para penyelidik kerana tinjauan dalam talian selama empat minggu itu oleh Iseas-Institut Yusof Ishak, telah dijalankan dari 10 Julai hingga 7 Ogos 2023 di tengah-tengah keadaan banjir, gelombang panas dan kemarau di seluruh dunia.

Satu sebab, kata penyelaras perubahan iklim dalam Program Asia Tenggara di institut itu, Cik Sharon Seah ialah “persepsi rakyat Singapura yang dipengaruhi oleh tindakan pemerintah”.

Pemerintah telah menjadi pihak berkepentingan paling proaktif dalam menangani isu iklim, katanya.

“Anda dapat melihat hampir 55 peratus rakyat Singapura berkata demikian, berbanding (responden lain di) rantau ini yang merasakan masyarakat sivil paling aktif”, jelasnya.

Cik Seah merujuk kepada data yang menunjukkan rakyat Singapura paling positif mengenai keupayaan pemerintah untuk melindungi mereka, dan mengurangkan serta mengubah suai kepada perubahan iklim.

Ini menunjukkan tahap kepercayaan yang tinggi dalam kompak sosial antara rakyat dengan pemerintah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >