Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ramai banjiri Geylang hujung minggu terakhir jelang Ramadan

Mar 20, 2023 | 05:30 AM



HUJUNG minggu akhir menjelang Ramadan menyaksikan ramai dalam kalangan masyarakat bersiap lebih awal bagi menyambut ketibaan Ramadan, juga Hari Raya.



Kawasan Geylang Serai khususnya semalam, menyaksikan ramai mengunjungi bukan sahaja Pasar Geylang Serai bagi mendapatkan barangan dapur untuk berbuka dan bersahur, tetapi juga bazar di Wisma Geylang Serai, Joo Chiat Complex, Haig Road dan pusat membeli-belah Kinex bagi membeli barangan Raya.



Bagi Cik Puteri Amire Muhammad Baharuddin, beliau menemani ibu dan makciknya membeli bahan-bahan mentah seperti ayam, sotong dan udang di Pasar Geylang Serai pada awal pagi. Ini kerana bahan-bahan ini diharapkan dapat bertahan selama dua minggu, sebagai persediaan juadah berbuka puasa untuk keluarga enam orang itu.



"Selain itu kami juga akan beli makanan beku seperti epok-epok dan samosa untuk memudahkan persiapan juadah sahur atau berbuka," tambahnya lagi.



Malah bagi Encik Azim Mahmat yang tinggal berdekatan dengan pasar Geylang Serai, beliau sering pergi ke pasar bersama isterinya pada hujung minggu untuk membeli barangan dapur, dan hanya membeli apa yang diperlukan untuk juadah berbuka.



Penjual sayur-sayuran dan santan segar di Pasar Geylang Serai, 'H.R Fresh Coconut Milk & Vegetables', berkongsi bahawa walaupun ramai yang mengunjungi pasar tersebut, ia tidak boleh dibandingkan dengan masa sebelum pandemik.



"Inflasi menyebabkan harga barang naik, dan kini lebih ramai penduduk Singapura sanggup ke Johor Bahru untuk membeli barangan rumah bagi menjimatkan kos," kata Encik Haled Aidil yang berjual di pasar itu selama 14 tahun.



Beliau turut menambah dengan adanya barang pasar yang dijual dalam talian, ia lebih senang untuk pelanggan membeli barangan keperluan. Ini membuatkan perniagaan lebih berdaya saing.



Dengan Ramadan yang akan menjelang beberapa hari nanti, ramai sudahpun membeli pelbagai jenis kurma.



"Kami membeli banyak kurma bernilai lebih daripada $200 untuk diberikan kepada saudara-mara nanti. Ini adalah satu tradisi yang kami akan lakukan sebelum Ramadan bermula," kongsi Cik Sadiah Kandari.



Penjual kurma, Tamar Madinah di Geylang Serai, berkata:



"Selalunya pada hujung minggu terakhir sebelum Ramadan, kedai akan sibuk kerana pelanggan membeli kurma. Tahun ini lain berbanding tahun lepas," kata Encik Azmi Mohd Tahir.



Berdasarkan pengalamannya, minggu kedua bulan Ramadan pelanggan akan kembali untuk mengisi semula stok kurma yang sudah habis.



Justeru, walaupun kawasan Geylang Serai menyaksikan ramai pengunjung yang bersiap awal untuk bulan Ramadan, pelanggan kini lebih berhati-hati dalam berbelanja akibat inflasi. Hanya barang-barang yang diperlukan akan dibeli.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >