Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rancang buka bersama menerusi Zoom

Ramadan bermula, selesa bersama
Apr 25, 2020 | 05:30 AM



Biasanya pada malam pertama Ramadan, masjid dibanjiri jemaah yang mendirikan solat isyak dan tarawih berjemaah. Namun, dengan perlaksanaan sekatan pemutus litar bagi mencega Covid-19, suasananya terasa berlainan sekali berbanding kepada tahun sebelum ini. BERITA HARIAN meninjau beberapa individu yang telah melakukan penyesuaian untuk meneruskan ibadah mereka sepanjang bulan Ramadan .



SEMASA Ramadan lalu, ramai keluarga meluangkan masa berbuka bersama-sama, namun Ramadan tahun ini berbeza bagi beberapa keluarga terpaksa berbuka di rumah masing-masing akibat sekatan pemutus litar.



Namun dengan wadah teknologi seperti Zoom, mereka masih dapat berbuka 'bersama'.



Ia antara penyesuaian yang diusahakan warga sepanjang tempoh pemutus litar.



Bagi Cik Syaza Nisrina Khairul Lizan, 21 tahun.



Sudah lebih sebulan beliau tidak keluar dari rumah kerana kelas-kelasnya ditangguhkan kira-kira dua minggu sebelum pemutus litar dilaksanakan.



Beliau menerangkan sebagai tradisi, keluarganya selalu bergilir-gilir berkumpul di rumah sanak saudara untuk berbuka bersama-sama.



"Setiap tahun kami sekeluarga akan berkumpul di sebuah rumah (saudara mara) dan berbuka bersama-sama.



"Suasana yang meriah itu adalah sesuatu yang saya nantikan setiap tahun kerana kita dapat bertanya khabar dan meluangkan masa bersama,"kata pelajar Universiti Teknologi Singapura (NTU) itu.



Ramadan ini, anak muda itu berkata keluarganya merancang mengatur tarikh di mana keluarganya dapat 'berkumpul' dalam talian.



Mengongsi dengan lebih lanjut, Cik Syaza berkata makciknya sudah merancang terlebih dahulu untuk perjumpaan dalam talian ini.



"Bagi saya, semasa tempoh ini, ia telah mengeratkan silaturahim kita dengan lebih mendalam. Ini bukan hanya bersama keluarga saya di rumah tetapi juga makcik, pakcik dan atuk saya.



"Kami akan mengunakan platform zoom untuk berbuka sama-sama dalam masa yang akan datang.



"Kira-kira 9 hingga 10 anggota keluarga lain akan 'bertemu' dalam talian. Walaupun tidak jumpa secara berhubung, jumpa dalam talian pun jadilah!," katanya.



"Memang saya rindu sangat suasana meriah itu tetapi saya memahami bahawa tindakan menjaga jarak selamat adalah sesuatu yang perlu dilakukan," jelas beliau.



Namun, anak sulung antara empat beradik itu terus bersikap positif semasa tempoh ini dan berharap tindakannya untuk duduk rumah sahaja dapat membantu untuk menghentikan penyebaran virus Covid-19 dengan secepat mungkin.



Bagi Cik Nur Hidayah Mohamed Alias, 24 tahun, pula kelmarin adalah pertama kali bapanya memainkan peranan mengimamkan solat terawih bersama keluarga di rumah.



Lazimnya pada Ramadan yang lalu, keluarganya berangkat ke masjid selepas maghrib untuk solat Isyak dan tawarih. Tetapi tahun ini ia berbeza disebabkan pemuts litar dilaksanakan.



"Ia sedikit kekok bagi adik saya menjadi bilal untuk pertama kali. Terus terang, suasana amat kecoh di rumah saya semasa itu kerana kita masih menyesuaikan diri dengan rutin baru ini.



"Tetapi saya rasa ini akan menjadi kebiasaan menjelang akhir bulan," kata pekerja eksekutif itu.



Semasa tempoh pemutus litar ini, Cik Hidayah berkongsi bahawa keluarganya telah menetapkan mahu meluangkan lebih banyak masa bersama serta bertujuan mencapai matlamat baru sebagai satu keluarga.



Ini termasuk mengaji bersama-sama dan khatam Al-Quran serta solat terawih bersama.



"Saya memang rindu ke masjid. Ia memang satu-satunya aktiviti yang saya nantikan semasa bulan Ramadan. Sebagai anak kecil, ibu bapa saya selalu membawa saya dan adik beradik saya ke masjid.



"Selalunya kami sibuk bersiap sedia setelah maghrib untuk ke masjid dan nantikan peluang bertemu rakan-rakan kami di sana. Tetapi dengan keadaan sekarang, ini (ibadah di rumah) adalah yang terbaik yang kita dapat lakukan dan kita perlu memanfaatkannya.



"Saya memahami keputusan menutup masjid adalah sesuatu yang perlu dilakukan untuk cegah penyebaran virus jadi saya rasa ia lebih sesuai untuk kita sebagai masyarakat duduk di rumah buat sementara ini," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >