Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SUSULAN JUALAN TIKET VTL DIBEKUKAN

Rancangan ke Kuala Lumpur Januari depan tergendala

Dec 24, 2021 | 05:30 AM



MEMANDANGKAN beliau tidak berjumpa mertuanya di Malaysia sejak 2019 akibat sekatan sempadan, Cik Maria Mohamed dan suaminya, warga Malaysia, merancang untuk melakukan lawatan kejutan ke Kuala Lumpur Januari tahun hadapan.



Namun, apabila pengumuman bahawa syarikat penerbangan tidak lagi dibenarkan menjual tiket baru di bawah Laluan Perjalanan Bagi Orang Sudah Divaksinasi (VTL) ke Singapura sehingga 20 Januari 2022 baru-baru ini, Cik Maria hanya dapat mengeluh kelewatannya mendapatkan tiket VTL ke Malaysia apabila skim itu dilancarkan.



Kini beliau terpaksa menunggu lebih lama sebelum penjualan tiket sekali lagi bagi VTL udara dan darat dilonggarkan sekali lagi.



Menurut Cik Maria, 29 tahun, pasangan itu sebenarnya sudah merancang untuk melakukan perjalanan itu sejak November lagi.



"Ulang tahun suami saya sebenarnya adalah Januari dan ia merupakan harapannya untuk menyambut ulang tahunnya bersama keluarga tersayang di seberang sempadan.



"Apabila melihat perkembangan Covid-19, saya dan suami berfikir kita masih ada masa lagi untuk melakukan tempahan tiket hujung bulan ini.



"Sebelum kita beli tiket, banyak perlu difikirkan. Antaranya adalah prosedur operasi standard (SOP) kerana dengan keadaan yang tidak menentu serta masa untuk mengambil cuti daripada kerja," kata beliau yang baru sahaja memulakan tugas sebagai Pegawai Agama (MRO) di Masjid Assyakirin.



Malang dengan sekelip mata, peraturan VTL telah berubah dan Cik Maria terpaksa menangguh niatnya untuk pulang ke Kuala Lumpur.



Katanya, sebelum ini beliau dan suami sering pulang pada musim cuti.



Adakalanya mereka akan berulang-alik setiap hujung minggu untuk berjumpa orang tuanya di seberang tambak.



Untuk melepaskan rindu, keluarganya kini memanfaatkan teknologi untuk terus mendekati ibu bapa mertuanya.



"Memang rindu sangat keluarga di sana.



"Buat sementara ini hanya dapat lepaskan rindu melalui panggilan telefon dan video saja," katanya.



Tambahnya:



"Saya juga pasrah kerana tidak mengambil keputusan lebih cepat.



"Tetapi kita reda saja dengan keadaan.



"Ada lagi ramai yang mungkin tidak dapat berjumpa keluarga lebih lama daripada dua tahun ataupun menghadapi cabaran berkomunikasi dengan menggunakan teknologi."



Di tanya oleh Berita Harian mengenai rancangannya untuk masa hadapan, Cik Maria berkata beliau akan terus memantau keadaan pada Januari depan dan akan membuat keputusan seterusnya untuk melancong ke Malaysia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >