Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rang mansuh 377A; pindaan perlembagaan lindungi institusi perkahwinan dibentang

Oct 21, 2022 | 05:30 AM



  • Bila dilulus, seks antara lelaki bukan lagi jenayah

  • Masagos bentang pindaan perlembagaan bagi lindung undang-undang berkaitan perkahwinan antara lelaki dan wanita


RANG Undang-Undang untuk memansuhkan Seksyen 377A Kanun Jenayah, yang menetapkan seks antara lelaki sebagai satu kesalahan, telah diperkenalkan di Parlimen semalam sekali gus memulakan proses memansuhkan undang-undang tersebut.



Di samping itu, satu pindaan Perlembagaan juga diusulkan untuk melindungi takrif perkahwinan dan dasar-dasar pemerintah berkaitan takrif tersebut daripada dicabar menerusi proses mahkamah.



Takrif perkahwinan itu ialah antara seorang lelaki dan seorang wanita.



Satu kenyataan bersama Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) menjelaskan pemerintah telah mendapatkan maklum balas secara meluas daripada pelbagai pihak berkepentingan sebelum membuat keputusan.



Menurut MHA dan MSF, seperti yang dijelaskan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dalam Rapat Hari Kebangsaan (NDR), dua sebab telah mendorong pindaan tersebut.



Pertama ialah sikap terhadap homoseksualiti telah berubah, terutama dalam kalangan golongan muda.



Di samping itu, sedang Singapura kekal sebagai sebuah masyarakat konservatif, namun kelakuan seks antara dua dewasa yang saling bersetuju tidak menimbulkan isu keselamatan.



Kedua pula ialah hasil keputusan Mahkamah Rayuan berkenaan Seksyen 377A baru-baru ini, terdapat risiko bahawa mahkamah boleh membuat keputusan memansuhkan seksyen tersebut dalam kes-kes akan datang, berdasarkan bahawa ia melanggar klausa perlindungan saksama di bawah Artikel 12 Perlembagaan.



Artikel 12 memperuntukkan bahawa setiap orang adalah sama di bawah undang-undang dan berhak mendapatkan perlindungan yang saksama. Justeru, jika ada undang-undang yang digubal Parlimen didapati tidak konsisten dengan peruntukan tersebut, mahkamah boleh memansuhkannya.



"Justeru, ia tidak wajar dan tidak bertanggungjawab bagi Parlimen untuk tidak mengendahkan risiko ini dan tidak melakukan apa-apa," kata kenyataan tersebut.



Menyusuli pembentangannya di Parlimen semalam, dua rang tersebut akan dibahaskan secara bersama apabila Parlimen bersidang pada 28 November ini. Setelah dibahaskan, Anggota Parlimen (AP) akan mengundi bagi dua rang itu secara berasingan.



Ini kerana memansuhkan undang-undang hanya memerlukan majoriti mudah atau sokongan lebih separuh Anggota Parlimen (AP), manakala pindaan kepada Perlembagaan pula perlu disokong sekurang- kurangnya dua pertiga AP, tidak termasuk Anggota Parlimen Dilantik (NMP).



Pindaan kepada rang undang-undang Kanun Jenayah itu diperkenalkan di Parlimen oleh Menteri Ehwal Dalam Negeri dan Undang-Undang, Encik K. Shanmugam. Pindaan kepada perlembagaan pula merangkumi penyertaan Artikel 156 (Institusi Perkahwinan) yang baru dan diperkenalkan Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.




Hanya Parlimen boleh takrif institusi perkahwinan, gubal rang prokeluarga



PINDAAN Perlembagaan yang diperkenalkan Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, akan memperkenalkan klausa Artikel 156 (Institusi Perkahwinan) yang baru. Klausa itu menetapkan bahawa hanya Parlimen boleh mentakrifkan institusi perkahwinan, dan menggubal undang-undang mesra keluarga berdasarkan takrifan tersebut.



Pindaan yang diusul itu juga memperuntukkan bahawa pemerintah dan pihak berkuasa boleh memperkenalkan dasar-dasar untuk melindungi, memelihara, menyokong, memupuk, menyokong dan mempromosikan institusi perkahwinan.



Ia juga melindungi undang-undang sedia ada yang mentakrifkan perkahwinan sebagai antara seorang lelaki dan seorang wanita, dan menetapkan bahawa undang-undang dan dasar sedemikian tidak boleh didapati melanggar perlembagaan oleh mahkamah atas dasar ia melanggar kebebasan asas seperti yang tertakluk dalam Perlembagaan seperti dalam Artikel 12.



Menurut Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga dalam satu kenyataan bersama dengan Kementerian Ehwal Dalam Negeri, contoh dasar sedemikian termasuk berkenaan perumahan awam, di mana pasangan yang telah berkahwin menerima manfaat kewangan, selain dasar-dasar pendidikan dan media yang mempromosi dan melindungi institusi perkahwinan.



Sekiranya pindaan tersebut diluluskan, perubahan kepada takrif perkahwinan dan undang-undang yang digubal berkaitan takrif tersebut hanya boleh dilakukan menerusi Parlimen dan bukan mahkamah, kata kenyataan itu lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >