Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rangka kerja latihan dan penilaian baru bagi hakam dilancar

Masagos: Rangka kerja H.I.K.M.A.H lengkapi hakam dengan ilmu, kemahiran pelbagai disiplin bantu kendali kes perceraian
Mar 11, 2023 | 05:30 AM



RANGKA kerja latihan dan penilaian baru bagi para hakam telah dilancarkan pada 10 Mac.



Diperkenalkan oleh Mahkamah Syariah, rangka kerja baru itu - Rangka Kerja Latihan dan Penilaian H.I.K.M.A.H (Hakam's Ideals: Knowledge, Methodology, Application, Heart) atau 'Cita-cita Hakam: Ilmu, Metodologi, Pengguna, Hati', bertujuan menyokong para hakam dalam menjalankan tugas mereka.



Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, telah melancarkan rangka kerja baru itu di Furama Riverfront pada Jumaat sempena upacara pemilihan rasmi di mana 18 hakam telah dipilih.



Daripada 18 hakam itu, 11 merupakan hakam dalam panel sedia ada.



Panel hakam baru akan memulakan tugas mereka secara rasmi pada 1 April 2023.



Dalam ucapannya, Encik Masagos berkata adalah penting untuk melengkapkan para hakam dengan ilmu dan kemahiran yang sesuai agar mereka dapat menjalankan tugas dengan baik.



Hakam merupakan asatizah yang dilantik Mahkamah Syariah di bawah Akta Pentadbiran Hukum Islam (Amla) 1966 untuk menyelesaikan pertikaian perkahwinan antara pihak yang mahu bercerai.



Apabila perceraian dibicarakan, Mahkamah Syariah boleh melantik dua hakam, seorang bagi setiap pihak.



Peranan hakam adalah untuk mencapai perdamaian antara dua pihak.



Jika perdamaian tidak dapat dicapai, hakam akan membantu menjalankan perceraian secara damai.



"Demi membantu mereka menjalankan tugas dengan baik, kita harus melengkapkan para hakam dan asatizah dengan penambahan ilmu dan kemahiran serta sumber yang diperlukan," katanya, sambil menambah bahawa rangka kerja H.I.K.M.A.H akan melengkapi mereka dengan ilmu dan kemahiran dalam pelbagai disiplin.



"Ini termasuklah pemahaman berkenaan landskap pentadbiran keadilan keluarga di Singapura; cara untuk mengaplikasikan undang-undang dan prinsip Syariah pada pelbagai senario yang melibatkan suami-isteri dalam pertikaian; dan bagaimana untuk mendamaikan konflik antara suami-isteri secara peka dan berkesan," tambah beliau.



Sementara itu, Presiden Kanan Mahkamah Syariah, Cik Guy Ghazali, berkata:



"Proses perceraian mesti menyediakan peluang kepada keluarga yang terlibat untuk mengetepikan permusuhan mereka demi melangkah ke keadaan di mana mereka dapat berfungsi selepas perceraian dan hubungan kekeluargaan… dapat diteruskan dengan baik.



"Mahkamah tidak dapat mencapai objektif ini dengan sendiri.



"Sistem eko keadilan keluarga melibatkan banyak pelaku yang memainkan peranan masing-masing untuk mencapai tujuan yang sama, termasuk para asatizah seperti hakam, profesional sains sosial dan profesional perguaman."



Rangka kerja H.I.K.M.A.H telah dibangunkan berikutan sesi latihan perintis dan perbincangan kumpulan fokus yang diadakan sejak dua tahun lalu, tambah Cik Guy.



Sebagai sebahagian daripada rangka kerja itu, penilaian juga akan dijalankan berikutan modul latihan, serta sesi hakam sebenar untuk memastikan ketekalan dalam cara sesi hakam dijalankan.



Sesi latihan akan dijalankan dalam pelbagai format termasuk main peranan atau role play untuk memberi hakam pemahaman yang lebih baik tentang kes-kes yang pernah berlaku dan membina keyakinan mereka dalam menangani situasi yang kompleks.



Menurut Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY), panel hakam yang akan datang akan berlatih di bawah rangka kerja H.I.K.M.A.H mulai April 2023.



Sesi latihan akan diadakan selama 2 hari. Hakam yang menamatkan latihan akan dianugerahkan mata Pendidikan Profesional Berterusan (CPE) di bawah Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >