Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rangkaian basikal 800 km dalam 2-3 tahun lagi

Mar 10, 2022 | 05:30 AM



RANGKAIAN basikal di Singapura kini mencecah 500 kilometer, dan akan mencapai 800 kilometer dalam dua hingga tiga tahun akan datang, kata Setiausaha Parlimen Kanan (Pengangkutan), Encik Baey Yam Keng, semalam.



Ini sebahagian sasaran untuk mencapai 1,300 kilometer pada 2030.



"Meskipun di tengah pandemik, kami telah meningkatkan rancangan bagi Rangkaian Basikal Serata Negara," kata Encik Baey di perbahasan belanjawan Kementerian Pengangkutan semalam.



Katanya, pemerintah juga akan menyediakan 3,000 lagi tempat meletak basikal di stesen MRT menjelang 2025, sebagai tambahan kepada 27,000 tempat meletak basikal di pusat pengangkutan awam sekarang ini.



Awal tahun ini, pihak berkuasa telah memperkenalkan garis panduan mengenai jarak selamat antara pengguna kenderaan dan penunggang basikal, serta peraturan baru untuk mengehadkan saiz kumpulan berbasikal di jalan raya.



Namun, pihak berkuasa akur ada penggemar yang ingin berbasikal dalam kumpulan lebih besar.



Oleh itu, pemerintah akan menjalankan usaha percubaan untuk menyediakan ruang berbasikal khas di West Camp Road di Seletar pada pagi Ahad. Butiran lanjut akan dikongsi nanti.



Mengenai ujian teori mandatori yang diperkenalkan bagi penunggang peralatan mobiliti peribadi (PMD) dan basikal menggunakan kuasa (PAB), Encik Baey berkata seramai 31,000 penunggang telah lulus ujian itu.



Pemerintah juga akan terus memantau trend yang menjejas landskap mobiliti, kata Encik Baey yang telah mengambil alih Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, sebagai pengerusi Panel Penasihat Mobiliti Aktif (Amap) dalam penggal baru sejak Januari lalu.



Encik Baey juga mengumumkan beberapa inisiatif untuk menjadikan pengangkutan awam lebih inklusif.



Untuk menyokong penumpang yang kurang daya pendengaran, satu peralatan visual baru akan diperkenalkan di semua stesen MRT dan pusat tukaran bas menjelang hujung 2022.



Semua pusat pengangkutan awam juga akan lebih menjadi Titik Rujukan Demensia, yang boleh mempunyai kakitangan yang dilatih untuk membantu warga emas yang menghadapi demensia



Semua stesen MRT di Laluan Kawasan Jurong dan Laluan Rentas Pulau, serta pusat tukaran bas baru juga akan mempunyai ruang jagaan bayi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >