Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rangkaian karyawan Mendaki diperluas ke 13 sektor pada 2024

Jul 22, 2023 | 05:44 PM



Rangkaian Karyawan Yayasan Mendaki, yang membolehkan karyawan belajar daripada sesi perkongsian dengan pakar industri dan wakil pertubuhan, akan dikembangkan daripada lima pada masa ini kepada 13 menjelang hujung 2024.

Demikian diumumkan Timbalan Pengerusi Mendaki, Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad, di akhir acara #MakingConnections pada Sabtu.

Ditubuhkan pada Mei 2019, rangkaian karyawan itu kini merangkumi sektor teknologi, sains hayat, perbankan dan kewangan, undang-undang serta kejuruteraan. Pada 2022, Mendaki telah berhubung dengan lebih 400 karyawanan Melayu/Islam dalam sektor-sektor itu.

Lapan lagi rangkaian bakal ditambah, iaitu dalam sektor perkhidmatan awam, penjagaan kesihatan, logistik dan rantaian bekalan, sumber manusia, sukan, kemampanan, media dan kreatif serta kerja sosial.

Selain bertujuan memupuk hubungan antara karyawan Melayu/Islam yang dianggap aset dalam masyarakat, rangkaian ini juga menyediakan wadah untuk mereka menyumbang kepada golongan yang kurang bernasib baik dalam masyarakat.

Rangkaian itu juga bertujuan mengembangkan modal sosial dan menyediakan peluang untuk pelajar peringkat tinggi dan karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET) memasuki industri yang sedang berkembang dan cemerlang dalam kerjaya mereka.

“Kami telah bekerja keras untuk mewujudkan rangkaian karyawan ini sejak beberapa tahun yang lalu. Kami bermula dengan lima dan kini ada rancangan untuk ia ditambah menjadi 13,” kata Encik Zaqy.

“Ini adalah satu cara untuk kami memanfaatkan kepakaran, karyawan yang telah melakukan lebih baik dalam pelbagai sektor dan kemudian menubuhkan pelbagai rangkaian di kalangan mereka supaya mereka bukan sahaja berhubung sesama mereka malah untuk mengumpul pandangan daripada dalam dan luar masyarakat. Ia juga membolehkan mereka memberi sumbangan kepada masyarakat, contohnya dengan membimbing mahasiswa, pelajar di politeknik, ITE (Institut Pendidikan Teknikal) dan sebagainya, selain membantu mereka dalam kerjaya mereka,” tambahnya.

Acara #MakingConnections tahunan itu, yang pertama kali diadakan pada 2022, dihadiri sekitar 300 karyawan Melayu/Islam dan tetamu terhormat, Mantan Menteri Kanan, Encik Tharman Shanmugaratnam,

Ia bertujuan mengumpul dan menggembleng karyawan Melayu/Islam muda daripada sektor berkembang untuk meluaskan modal sosial mereka dan menyumbang idea bagi memajukan masyarakat.

Salah seorang peserta acara itu ialah Cik Adlynna Aziz yang menyertai rangkaian karyawan perbankan dan kewangan.

“Saya telah meraih manfaat daripada acara pementoran apabila saya memulakan kerjaya saya. Saya mempunyai mentor yang baik yang membantu saya di sepanjang jalan. Dan sebagai seorang mentor pula, terutama sebagai mentor MTS (Skim Tuisyen Mendaki), saya berharap dapat meneruskan perkongsian dan berkongsi pengalaman saya,” kata Cik Adlynna, yang bertugas sebagai penganalisis data rujukan di JP Morgan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >