Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rangkaian menghijau bagi riadah di Koridor Alam Semula Jadi Clementi

Aug 01, 2021 | 05:30 AM



LEMBAGA Taman Negara (NParks) semalam telah mengumumkan pembangunan rangkaian hijau rekreasi baru di Koridor Alam Semula Jadi Clementi.



Rangkaian hijau rekreasi itu yang merangkumi laluan sepanjang 18 kilometer itu termasuk jejak baru di Laluan Jurong Lama (Jejak Alam Semula Jadi Jurong Lama) dan penghubung taman baru Jurong Town Hall yang bakal menghubungkan Koridor Kereta Api ke Taman Jurong Lake.



Selain itu, Jejak Alam Semula Jadi Clementi juga akan menghubungkan Hutan Clementi dengan taman alam baru di Ulu Pandan West, di sepanjang pengalihan terusan pertama Bukit Timah.



Dengan rangkaian hijau rekreasi baru ini, orang ramai akan dapat menikmati kehijauan sambil mengurangkan impak terhadap kepelbagaian biologi akibat pembangunan.



Mengulas mengenai pengumuman tersebut, Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee berkata ia akan menawarkan lebih banyak tempat yang penuh alamiah untuk warga Singapura menikmati dalam masa akan datang.



"Taman alam semula jadi ini juga akan menjadi habitat terhubung bagi hidupan liar bergerak antara tapak hutan dengan tapak lain di kawasan itu.



"Dengan tambahan kepada taman semula jadi yang baru ini, sebagai sebahagian daripada rancangan penghijauan keseluruhan kami untuk mewujudkan lebih banyak ruang semula jadi untuk rakyat Singapura menikmati (dan wabak ini telah menunjukkan betapa pentingnya ruang ini untuk kesejahteraan mental kita), dua laluan rekreasi baru sedang dirancang sebagai sebahagian daripada Koridor Alam Semula Jadi Clementi dan ini akan melalui hutan Clementi," jelasnya.



Menurut kenyataan NParks, dengan jejak alam sepanjang empat kilometer bagi Jejak Alam Semula Jadi Jurong Lama yang baru, pengunjung boleh menghargai alam semula jadi dan unsur warisan Laluan Jurong Lama seperti terowong lama, landasan keretapi dan jambatan, sambil mengurangkan kesan ekologi di kawasan itu.



Jejak Alam Semula Jadi Jurong Lama ini juga akan menjadi sebahagian daripada jejak selatan pantai ke pantai 62 kilometer, jejak lintas-pulau terpanjang setakat ini, yang akan meluas dari Pantai Changi ke Tuas.



Jejak ini akan siap secara berperingkat mulai 2024.



Selain itu, terdapat juga laluan sepanjang tiga kilometer penghubung Taman Jurong Town Hall.



Jejak alam semula jadi kedua pula akan menghubungkan Koridor Kereta Api ke Ulu Pandan, di mana terdapat taman semula jadi yang dilindungi di bahagian barat tapak hijau, yang lebih kaya dengan biodiversiti.



Dari sungai Hutan Clementi, orang ramai dapat berjalan sepanjang Koridor Kereta Api ke taman semula jadi Ulu Pandan, melalui Jejak alam Clementi yang baru dan penghubung Taman Ulu Pandan yang ada.



Penghubung taman, yang menghubungkannya kembali ke Koridor Kereta Api, akan membolehkan pengunjung menerokai kawasan ini dengan lengkap.



Jejak Alam Semula Jadi Clementi, yang kira-kira dua kilometer, disasarkan untuk siap pada 2023.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >