Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rangkaian Responder SGSecure dilancar

Nov 02, 2019 | 07:32 PM



RANGKAIAN Responder SGSecure, yang bertujuan menghubungkan mereka yang bersedia membantu orang lain dalam kecemasan telah dilancarkan hari ini. 



Responder SGSecure akan dikerah untuk bertindak terhadap kes-kes seperti sakit jantung atau kebakaran kecil di kawasan mereka melalui aplikasi SGSecure. 



Namun, responder tidak dipaksa bertindak dalam kes-kes tersebut, hanya jika mereka mampu. 



Rangkaian tersebut dilancarkan oleh Menteri Kanan, Encik Teo Chee Hean, di pameran bergerak SGSecure di Waterway Point. 



Pameran itu akan diadakan di Waterway Point hingga esok. 



Semasa ditemui di acara itu, Setiausaha Parlimen Kanan (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Cik Sun Xueling, berkata: 



“Dalam kecemasan sebarang kemahiran yang dapat menyelamatkan nyawa yang dimiliki individu amat diperlukan. 



“Dengan pelancaran ini kami berharap untuk menggalakkan lebih ramai untuk menjadi responder yang aktif, kerana respons kita memainkan peranan dalam memastikan Singapura selamat.” 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >