Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEKITAR SYAWAL

Raya dengan penuh ihsan

Jun 17, 2018 | 05:30 AM



PRESIDEN Halimah Yacob meraikan Hari Raya pertamanya sebagai Presiden Singapura bersama sekitar 50 kanak-kanak kurang bernasib baik, serta ahli keluarga mereka, di acara Rumah Terbuka Istana kelmarin.



Kanak-kanak berusia antara tujuh dengan 18 tahun itu datang daripada pelbagai pertubuhan khidmat sosial, termasuk Rumah Kebajikan Muhammadiyah dan Boys' Town.



Selain menghadiri sesi minum teh yang dihoskan Puan Halimah dan suaminya, Encik Mohamed Abdullah Alhabshee, tetamu istimewa tersebut berpeluang menyaksikan pertunjukan silap mata dan menyertai pelbagai kegiatan lain.



"Tujuan kami menjemput kanak-kanak dari rumah kebajikan adalah bagi memberi mereka peluang menikmati dan merasakan pekarangan Istana dan juga suasana di Istana pada Hari Raya," kata Puan Halimah kepada media di rumah terbuka tersebut yang juga meriah dengan kehadiran orang awam.



Beliau menambah bahawa acara itu adalah sebahagian usahanya mendampingi masyarakat, terutama mereka daripada latar belakang kurang bernasib baik, sejak bergelar Presiden.



"Hari Raya adalah masa bagi perayaan, renungan dan meluangkan masa bersama keluarga. Ia juga adalah masa untuk kita mengamalkan kemurahan hati dengan orang di sekeliling kita, jadi di tengah-tengah perayaan, mari kita juga tidak lupakan mereka yang mungkin kurang bernasib baik dalam masyarakat kita," kata Puan Halimah.



Acara tarian dan demonstrasi inai adalah antara yang mewarnai sesi rumah terbuka tersebut.



Awal sebelum itu, Puan Halimah yang bersolat Aidilfitri di Masjid Sultan berkata, menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan, tanpa mengenal bangsa dan agama adalah semangat sebenar Ramadan.



Beliau, justeru itu, berharap warga berbilang kaum di Singapura akan terus berbuat demikian pada bila-bila masa.



"Pada Ramadan lalu, banyak pertubuhan, bukan sahaja pertubuhan Islam malah yang bukan Islam telah menganjurkan banyak acara seperti majlis iftar bagi memberi bantuan kepada golongan yang memerlukan. Pada masa yang sama, mereka memberikan bantuan kewangan.



"Bagi saya, inilah semangat dan maksud sebenar Ramadan," kata Puan Halimah.



Puan Halimah turut mendedahkan bahawa Ramadan dan sambutan Aidilfitri tahun ini membawa makna yang lebih istimewa buatnya secara peribadi selepas beliau mendapat cucu sulung, seorang bayi perempuan yang lahir pada 9 Jun, bersamaan 24 Ramadan.



"Bagi saya, waktu perayaan ini memberikan makna kerana saya juga merindui arwah ibu saya, kerana semasa hayatnya, saya membelikannya baju kurung dan beliau akan memakainya pada 1 Syawal. Kini sudah tiga tahun beliau meninggalkan kami.



"Namun, Aidilfitri kali ini juga adalah tempoh yang amat menggembirakan buat saya kerana saya mendapat cucu pertama. Justeru, ia adalah saat yang menjadikan Ramadan dan Hari Raya kali ini pengalaman manis yang akan saya kenang," ujar Puan Halimah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >