Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Raya lebih bersemangat lepas 'kandas' di darat hampir setahun

May 13, 2021 | 05:30 AM



SETELAH membina kerjayanya sebagai pramugari selama hampir 20 tahun, beliau akui tahun lalu merupakan antara tempoh yang paling sukar yang menguji daya tahan beliau dan juga keluarga.



Cik Raslina Syed Rasool 'terkandas' di darat selama hampir setahun akibat pandemik Covid-19 disebabkan jumlah penerbangan yang dikurangkan.



Ketua kru kabin dengan syarikat penerbangan Scoot yang berusia 43 tahun itu akui rasa seolah hilang arah dan mengambil masa untuk menyesuaikan diri duduk di rumah kerana sudah terbiasa 'terbang' ke sana sini dan jarang berada di rumah.



Meskipun masih menerima elaun biasa sepanjang berada di rumah, pendapatan Cik Raslina merosot dan beliau juga dibelenggu kebimbangan sama ada beliau masih ada pekerjaan selepas itu.



Mujur sokongan utuh dari keluarga dan juga rakan kerja dapat 'menarik' beliau keluar dari kerungsingan yang dirasakan dan mendorongnya untuk memanfaatkan masa 'di darat' dan membuatnya melihat keadaannya itu secara positif.



Menurut Cik Raslina, tempoh tersebut memang tidak dapat dilupakan kerana beliau tidak pernah diberikan masa begitu lama yang tidak terganggu untuk diluangkan dengan keluarga.



"Pada masa itu saya sedar saya tidak dapat melihat anak saya membesar kerana terlalu sibuk terbang sana sini. Beliau kini berusia 20 tahun dan saya gunakan masa yang saya ada itu untuk mengenali dan memahaminya," ujarnya.



Suami Cik Raslina, Encik Mohd Sani Subri, 48 tahun, memainkan peranan utama dalam membantu beliau menyesuaikan diri dan memberi kata-kata semangat untuk terus berfikiran positif, sambil bekerja lebih keras untuk memastikan keperluan keluarga dapat dipenuhi.



Untuk menambah pendapatan yang hilang, Cik Raslina turut mengambil tempahan biskut Hari Raya tahun lalu dan tahun ini.



Meskipun dibelenggu kebimbangan mengenai masa depan kerjanya, langkah ketua pasukan Cik Raslina yang menghubungi untuk bertanya khabar dan memberi kata-kata semangat semasa tempoh itu sedikit-sebanyak mengurangkan kebimbangan yang dirasakan, katanya.



Cik Raslina berasa lega apabila akhirnya beliau dipanggil semula untuk berkhidmat pada Disember lalu apabila lebih banyak penerbangan dibolehkan.



Mengimbas pengalaman yang dilaluinya tahun lalu, Cik Raslina berkata beliau bersyukur mempunyai sokongan keluarga yang utuh serta masih diberi peluang bekerja.



Meskipun tidak dapat menyambut beberapa hari pertama Syawal bersama saudara mara kerana beliau perlu mengasingkan diri di rumah selepas penerbangan, ini tidak menjejas 'mood' Raya Cik Raslina.



"Sepanjang kerjaya saya, saya tak pernah ketinggalan untuk sambut Raya di Singapura kerana pada saya ia begitu bermakna.



"Ia juga antara masa terhad yang saya mampu berkumpul bersama keluarga," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >