Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

RCEP mula, tarif 90% barang dagangan 10 negara dihapus

Gan: Perjanjian beri rangsangan pada jalinan niaga SG dengan negara peserta lain
Jan 01, 2022 | 05:30 AM



PERJANJIAN Kerjasama Ekonomi Menyeluruh Serantau (RCEP) berkuat kuasa mulai hari ini.



Dengan ini, perniagaan dapat menikmati penghapusan tarif kira-kira 92 peratus barang yang diperdagang dalam kalangan 10 negara yang telah menandatangani RCEP setelah ia diratifikasi.



Perniagaan juga akan mendapat manfaat daripada akses pasaran keutamaan tambahan bagi produk tertentu, termasuk bahan api mineral, plastik, produk kimia, penyediaan makanan dan minuman di pasaran RCEP terpilih, seperti China, Jepun dan Korea.



Dengan peraturan asal diperkemas dan peruntukan terkumpul serantau, perniagaan akan mempunyai lebih fleksibiliti untuk memanfaatkan faedah akses pasaran keutamaan ini dan dapat memanfaatkan rantaian bekalan serantau.



Mengumumkan demikian semalam dalam satu kenyataan, Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) berkata perjanjian RCEP akan berkuat kuasa mulai hari ini antara Australia, Brunei, Kemboja, China, Jepun, Laos, New Zealand, Singapura, Thailand dan Vietnam.



Kementerian itu berkata perniagaan berpeluang mendapat manfaat daripada komitmen yang dipertingkat melebihi Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ASEAN Plus One sedia ada dalam beberapa sektor.



Selain itu, mereka akan mempunyai pendekatan lebih telus yang akan memberi kepastian lebih besar bagi perniagaan.



Pelabur juga berpeluang meraih manfaat daripada komitmen untuk melarang keperluan prestasi dan peruntukan yang mengehad kelonggaran langkah pada masa depan.



Mengulas tentang persetujuan RCEP itu, Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong, berkata: "Penguatkuasaan RCEP akan memberi rangsangan kepada hubungan perdagangan dan perniagaan antara Singapura dan pihak lain dalam RCEP.



"Kami berbesar hati kerana semasa acara-acara pendekatan, banyak perniagaan Singapura menyatakan mereka berminat meneroka menggunakan Perjanjian RCEP apabila ia dijalankan."



Encik Gan menambah bahawa kepantasan penguatkuasaan RCEP menonjolkan tahap kerjasama negara-negara di rantau ini, terutama dalam tempoh mencabar Covid-19 ini.



"Perjanjian RCEP mula berkuat kuasa kira-kira setahun selepas ia ditandatangani dan ini adalah bukti keazaman dan komitmen rantau ini untuk memperdalam integrasi ekonomi di tengah-tengah masa sukar ini.



"Kami menantikan ratifikasi pantas RCEP oleh semua pihak yang belum meratifikasinya agar potensi penuh perjanjian itu dapat direalisasikan," ujar Encik Gan.



Perjanjian RCEP ialah perkongsian ekonomi moden, menyeluruh, bermutu tinggi dan saling menguntungkan yang dibina berdasarkan perjanjian dua hala sedia ada yang dimiliki ASEAN dengan rakan perdagangan bebasnya.



Sebagai FTA terbesar setakat ini, RCEP meliputi kira-kira 30 peratus Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) global, iaitu AS$26 trilion ($35 trilion), serta 30 peratus penduduk dunia.



Syarikat berminat pada peluang perniagaan dan pelaburan dalam pasaran RCEP boleh menghubungi Enterprise Singapore di http://go.gov.fg/helloesg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >