Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Realiti terimbuh, teknologi canggih diguna latih pegawai Home Team

May 03, 2023 | 05:30 AM



BAGI pastikan pengalaman pembelajaran yang lebih khusus untuk setiap peserta dan dipacu data untuk pegawai mereka, Akademi Home Team (HTA) telah melancarkan edisi kedua Sistem Pengurusan Pembelajaran Home Team (HTLMS).



Versi kedua HTLMS dilancarkan Menteri Perhubungan dan Penerangan merangkap Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri, Cik Josephine Teo.



Dalam ucapannya, Cik Teo berkata HTLMS akan diperluaskan untuk meningkatkan kebolehcapaian sistem itu dari luar tempat kerja.



"Pada masa depan, HTA akan membolehkan pegawai mengakses HTLMS pada bila-bila masa dan di mana sahaja sebagai sebahagian daripada usaha pembelajaran di dalam dan di luar tempat kerja.



"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memuji HTA atas sikap berani mereka dalam meneroka teknologi pembelajaran yang akan memberi manfaat kepada Home Team," katanya.



Seminar Pelan Kerja HTA pada Selasa turut mempamerkan pelbagai teknologi digunakan oleh agensi Home Team, termasuk realiti terimbuh (AR) daripada Penguasa Imigresen & Pusat Pemeriksaan (ICA).



Teknologi tersebut merupakan sebahagian daripada usaha memastikan latihan kekal relevan untuk pegawai muda, serta membantu mereka mengingati dan mengembangkan kemahiran yang mereka perlukan dengan lebih baik.



HTLMS adalah sebuah platform e-pembelajaran yang menyokong keperluan latihan dan pembelajaran lebih 68,000 pegawai di seluruh Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dan 10 agensi Home Team.



Selain mendaftar dalam kursus dalam talian, versi kedua HTLMS membolehkan pegawai menggunakan forum baru untuk meneruskan pembelajaran walaupun kursus mereka telah tamat.



Dengan menggunakan forum itu, semua pegawai, tanpa mengira jabatan mereka, boleh mengambil bahagian dalam perbincangan kursus untuk berkongsi pandangan, amalan terbaik dan menjelaskan pertanyaan dalam HTLMS.



Ketua Eksekutif HTA, Encik Anwar Abdullah, berkata: "Latihan dan pembelajaran merupakan pemboleh utama untuk Home Team yang berjaya.



"Sementara Home Team memulakan transformasi kami yang seterusnya, HTA akan mendahului dengan menggunakan teknik, amalan dan teknologi baru untuk meningkatkan kualiti dan keberkesanan latihan dan pembelajaran yang dijalankan oleh pegawai Home Team."



Versi kedua HTLMS juga bertujuan untuk menyediakan pengalaman yang lebih lancar untuk jurulatih dan pereka kurikulum.



Tidak seperti versi sebelumnya, jurulatih kini boleh menjana laporan untuk menjejak status penyelesaian pelajar dalam sistem.



Mereka tidak lagi perlu mengumpul keputusan penilaian secara manual dan kini boleh mendapatkan laporan dengan mudah untuk mendapatkan keputusan.



Sementara itu, pereka kurikulum kini boleh mencipta kandungan e-pembelajaran dengan menggunakan pembina kandungan baru dalam HTLMS, dan bukannya hanya memuat naik kandungan daripada sumber luar, sekaligus menjimatkan masa.



Laporan lanjut: Akademi Home Team akan tubuh jawatankuasa latihan, tingkat tindak balas terhadap krisis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >