Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rekod hujan tertinggi S'pura dalam tempoh 40 tahun pada 2022

Jan 31, 2023 | 05:30 AM



TAHUN 2022 adalah antara tahun yang mencatatkan rekod hujan tertinggi dalam tempoh 40 tahun di Singapura, dengan dua bulan daripadanya mencapai rekod baru bagi hujan dan juga cuaca panas.



Perkhidmatan Kaji Cuaca Singapura (MSS) dalam satu kenyataannya semalam berkata tahun lepas adalah yang keenam paling lembap sejak 1980, sebahagiannya disebabkan oleh La Nina, iaitu fenomena iklim semula jadi yang membawa cuaca lebih lembap di Asia Tenggara.



Pada 2022, purata jumlah hujan tahunan di Singapura adalah hampir 19 peratus lebih tinggi daripada purata jangka panjang.



Oktober mencatatkan hujan tertinggi untuk bulan itu dalam tempoh 40 tahun lalu, manakala cuaca kering dan panas pada Mei mencatatkan rekod suhu baru.



Menurut MSS lagi, 10 tahun terakhir dari 2013 hingga 2022 adalah dekad paling panas dalam rekod, memecahkan rekod pada 2021.



Purata suhu dari 2013 hingga 2022 ialah 28.01 darjah Celcius, 0.04 darjah Celcius lebih tinggi daripada rekod sebelumnya dari 2012 hingga 2021 (27.97 darjah Celcius).



Trend suhu tahunan Singapura pada tahun lalu adalah serupa dengan trend global yang dilaporkan dalam Keadaan Iklim Global 2022 daripada Pertubuhan Meteorologi Sedunia.



Walaupun penyejukan sementara daripada keadaan La Nina yang berterusan, 2022 dijangka antara tahun kelima dan keenam paling panas dalam rekod di seluruh dunia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >