Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Relawan antidadah digesa kongsi cara bekas pesalah boleh tingkat kemahiran

Sep 30, 2021 | 05:30 AM



SELAIN berperanan menambah kesedaran awam terhadap bahaya menyalahgunakan dadah, relawan kempen Dadah itu Haram (DIH) juga boleh berkongsi nasihat lain yang tiada hubungan dengan dadah, seperti cara mempertingkat kemahiran di tempat kerja, kata Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Ehwal Dalam Negeri) Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim.



Justeru, mereka boleh mengambil peluang pada masa ini, apabila kegiatan DIH berkurangan akibat Covid-19, untuk mempertingkat kemahiran diri, kata Dr Faishal.



Beliau berkata demikian semasa bercakap kepada lebih 80 relawan yang menyertai sesi perbincangan dengannya kelmarin.



Di sesi yang diadakan secara maya itu, peserta juga telah menyertai sesi perkongsian tentang penggunaan kredit SkillsFuture yang dianjurkan Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i) dan Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South West.



"Perkongsian oleh e2i, CDC Southwest tentang kredit SkillsFuture ini merupakan satu contoh yang baik di mana kita dapat meraih ilmu yang bukan sahaja dapat memanfaatkan kita, malah mereka yang kami ingin dekati," kata Dr Faishal.



"Seperti anda juga, saya rindu usaha mendekati masyarakat untuk menyebar mesej DIH... Namun, kerana Covid-19, kita terpaksa mengurangkan kegiatan.



"Namun sementara itu, kita harus menyesuaikan diri dan mempertingkat diri kita, supaya kita bukan sahaja boleh menyebar pesanan mengenai kesan bahaya dadah, malah memberikan nasihat praktikal dengan pengetahuan mengenai cara-cara mempertingkat diri kita sendiri," tambah beliau.



Dalam usaha menyebar mesej antidadah, relawan DIH bertemu mereka dari pelbagai latar belakang termasuk mereka yang sedang mengalami kesempitan wang.



Antara sebab pesalah dadah berpaling kepada dadah adalah apabila mereka mengalami tekanan hidup.



Salah satu cara membantu mereka daripada terjebak semula dalam salah guna dadah adalah dengan menolong mereka mempertingkat tahap kewangan.



Sementara itu, dalam sesi perbincangan kelmarin, beberapa relawan turut melahirkan minat mengenai cara menggunakan kredit SkillsFuture bagi mempertingkat diri dan bagaimana ia boleh memanfaatkan orang lain, termasuk bekas pesalah dadah.



Dr Faishal turut menggalak relawan agar menawarkan bantuan mempertingkat kemahiran itu kepada bekas pesalah agar mereka layak mendapatkan pekerjaan selepas keluar dari penjara.



"Sedang mereka (Reben Kuning dan pihak majikan) terus berusaha dengan gigih, apa yang saya perlukan anda (relawan DIH) lakukan adalah sekiranya anda mempunyai teman atau kenalan yang sedang berada di dalam (penjara), harap bekerjasama dengan pihak-pihak tersebut supaya mereka dapat mendapatkan pekerjaan."



Masa yang terbaik untuk melakukan demikian adalah semasa mereka sedang berada di dalam penjara, memandangkan mereka bakal rasa seolah "tidak biasa dengan kehidupan baru apabila sudah keluar dan menghadapi banyak pengaruh lain," ujar Dr Faishal.



"Apabila mereka sedang berada di dalam penjara, kami dapat melatih mereka dan membantu mereka untuk dipadankan dengan majikan tertentu pada masa depan.



"Malah semasa tempoh Covid-19 kami berbesar hati bahawa terdapat lebih banyak majikan yang telah berganding bahu untuk menyokong usaha ini," tambah beliau.




"Perkongsian oleh e2i, CDC Southwest tentang kredit SkillsFuture ini merupakan satu contoh yang baik di mana kita dapat meraih ilmu yang bukan sahaja dapat memanfaatkan kita, malah mereka (golongan pesalah) yang kami ingin dekati... supaya kita bukan sahaja boleh menyebar pesanan mengenai kesan bahaya dadah, malah memberikan nasihat praktikal dengan pengetahuan mengenai cara-cara mempertingkat diri..."
- Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Ehwal Dalam Negeri) Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >